mutiara kata

Sunday, March 4, 2012

untitled

bismillahirrahmanirrahim..

dah seminggu aku berada di rumah kakak..bahagianya terasa dengan adanya abang, kakak, ipar2, dan anak buah pengarang jantungku..dan paling penting, adanya abah..itu sudah cukup..sudah cukup untuk aku rasa tenang..sudah cukup untuk aku merasakan kewujudan mama dalam hati2 kami..sudah cukup untuk kami sekeluarga..

ini sekadar luahan..aku tak tahu mana patut aku luahkan perasaan ini..aku tak mahu menyusahkan mereka yg berada disisiku..mereka juga ada masalah sendiri..mungkin dengan mencoretkannya disini, hatiku bakal lega?? dan luahan sentiasa ku kongsi bersama Allah...

jahatkah aku untuk melihat abah sendirian tanpa isteri?? kalau dahulu, aku menerima seorang wanita untuk berada dipangkuan abah, menemani abah, mengubat luka abah, membelai abah..tapi sekarang, aku rela untuk menemani abah, walaupun aku sedar kehadiranku bukan untuk menjaga abah kerana abah lebih banyak menjagaku..tapi aku rasa kami adik berasik sudah memadai untuk menemani abah kerana wanita itu benar2 tidak layak untuk bersama abah..

jujur aku katakan..aku tidak ingin dia lagi..menyakiti hati aku, aku redha..tetapi menyakiti hati abah, itu sangat pedih buat aku..

kau tak pernah anggap kami seperti keluarga..bagaimana aku dan keluarga ini hendak menganggap kau seperti ahli keluarga? rumah ini pun kau tak pernah anggap seperti rumah sendiri..tidurnya jarang2..keluar sesudah subuh, dan baliknya tengah malam..nama je kita ada dalam satu rumah, tapi tak pernah kau nak jumpa apatah lagi untuk bertegur sapa..mengalahkan anak dara, datang tetamu pun tidak bersambut..pulangnya cucu kesayangan abah pun tidak kau layan..apakah kau tiada perasaan??

aku tak tahu kau perempuan jenis apa..aku tak tahu kau isteri bagaimana..yang aku tahu, aku, adik beradik ku, ibu mertuamu sangat kecewa dengan kesilapan kami menerima mu dalam keluarga kami..

aku serba salah..tiap kali hati ini sakit dengan perbuatanmu, aku istighfar..aku bersabar dan diam dalam tangisan kerana aku kasihankan abah..aku tahu abah dilema..untuk menjaga hati kami dan hati mu..tapi adakah kau menjaga hati suami kau??

ingin saja aku bawa diri..jauh dari abah..tak perlu abah jaga hati kami..tak perlu untuk kami saling menyakiti..walaupun hati ini tak sanggup..kerana janjiku pada mama untuk sentiasa bersama dengan abah..mungkin abah memahamiku..mengetahui isi hatiku..

semasa mama baru sehari meninggalkan ku, mimpi ku pada mama membawa pada janji itu..sehinggakan aku tekad untuk selamanya berada bersama abah, tidak ingin jauh walau sekejap..namun, janji itu ku pendam..abah berkahwin lain..aku menangis hiba..tapi aku cuba untuk gembirakan abah..kerana abah betul2 memerlukan persetujuan dari anaknya..tapi adakah aku masih diperlukan abah?? sepertinya sudah ada yg menemani abah..

bagaimana dgn janji tu??adakah aku mampu untuk menunaikannya??

mama..semuanya dah berubah..keluarga kita dah berubah..aku tak mahu keadaan ini..aku inginkan yg dulu..tanpa dia yg menyakiti hati kami keluarga..

No comments:

Post a Comment