mutiara kata

Sunday, February 12, 2012

makan hati

bismillahirrahmanirrahim..

kali ini emosi agak kurang stabil..bukan kes pms..mungkin sebab hari itu bakal tiba..

kalau dulu, rumahku syurgaku..tapi sekarang, rumahku sepiku..

aku betul2 sunyi..aku betul2 inginkan wujud rasa kasih sayang..

abah..aku sayang abah..tak pernah kurang..tapi hati aku sakit..mengenangkan nasib kita bersama orang asing..

semua sudah berubah..perubahan itu buat aku sakit..sakit unruk tinggal di rumah..kerana di sini tiada lagi abah yg dulu..abah yg masanya hanya untuk ibunya, dan kami keluarga..

aku ingat lagi..masa kecik2 dulu..aku selalu komplen kat mama..kenapa abah tiap2 malam ke rumah nenek...tapi jawab mama "tak pe la..syurga tu kan bawah tapak ibu..tanggungjawab abah utama pada ibunya"..pesan mama lagi, jangan halang suami kita untuk berjumpa dgn ibunya..pesanan itu tak pernah aku lupa..malah aku kagum..kagum dengan abah..yg sentiasa bersama dgn ibunya..dan aku cemburu..sehingga sekarang, abah masih boleh bermanja dgn ibunya..tapi aku???

aku ingat lagi..masa kecik2..kalau uncle pergi luar kelantan, aku dan abah la yg tolong pergi jaga rumah  uncle..tido dengan abah adalah suatu ketenangan bagi aku..dan percayalah, senyumanku ketika itu suatu yg sungguh indah..senyum sampai telinga..dan senyuman itu menjadi tangisan bila mama pergi..walaupun abah datang menemani aku di waktu tidurku, tidur bersamaku, tapi aku merasakan indah itu bertukar kelam..namun, aku cuba untuk kuat demi mu, abah..

memori2 bersama abah..banyak pahitnya..dimarah..di bebel..ditampar..tapi memori itu jadi indah pabila memori itu adalah memori kasih sayang..dan memori itu sajalah yang aku dapat simpan sehingga sekarang dan insyaAllah sehingga akhir hayatku..

namun, sekarang, aku teringin sangat mencipta memori kasih sayang..walaupun aku tak nampak kewujudan itu..

abah..aku benci dia..bukan kerana dia isteri abah..bukan kerana dia pengganti mama..bukan kerana harta mahupun panngkatnya..tapi kerana sikapnya..dia menyakitkan hati kita..walaupun abah tak pernah mengatakannya, tapi hati ini tahu..kerana hati ini juga sentiasa berendam air mata kesedihan memikirkan kewujudan dia dalam keluarga kita..

abah..aku tak menyesal kerana kamu berkahwin..tapi aku menyesal kerana pilihanku itu nyata salah untukmu..aku menyesal kerana raut wajahmu tiada kegembiraan..seperti dulu..

ingin saja aku memelukmu, abah..menyatakan luahan hati ini..tapi aku tak sanggup..untuk mendera perasaan mu lagi..aku pohon kemaafan, abah..


No comments:

Post a Comment