mutiara kata

Wednesday, February 22, 2012

2 tahun sudah

bismillahirrahmanirrahim..coretan ini coretan hati..siapa yg benci, diizinkan tutup column ini..

2 tahun sudah mama pergi..dijemput ilahi..
aku meredhai..tapi aku tetap merindui..
kerana hati ini tak boleh disembunyi..peritnya diri ditinggalkan sendiri..

hari itu aku masih diingati..bondaku pergi tanpa aku disisi..sedihnya hati ini..luka parahnya hati ini..masih tidak dapat disembuhkan sehingga saat ini..

ingatan itu masih kekal dalam ingatan..bagaikan pahitnya berkekalan..kerana hidup sekarang sudah banyak perbezaan..makin perit hubungan kekeluargaan..tanpa ibu yg penuh kasih sayang..

ma..rindu ku padamu makin meninggi..hingga lenaku bersama tangir air mata..gambarmu ditatap hingga mataku terpejam..suaramu ternginang sehingga ke mimpi..kain batik mu ku peluk erat..kerana hari2 ku tiada tanpa ingatanku padamu..

ma..aku redha dengan ketentuanNYA..aku redha kerana Allah lebih menyayangimu..aku redha kerana aku tidak akan menyakitimu lagi..aku redha kerana aku tidak akan membuat dosa padamu lagi..aku redha kerana inilah hikmah kepada pemergianmu..tapi hati ini tak boleh ditipu..hati ini terlalu rapuh..lukanya sudah parah..merebak kerana aku terlalu merindukanmu..

hari2 tanpamu betul2 menyesakkan diriku..aku semakin hiba..sensitif..kerana hatiku tiada ruang untuk bergembira..senyumanku tidak seperti dulu..tawaku bagaikan dipaksa..kerana aku ingin menjadi seperrti mu..walaupun sakit tidak tertahan, senyuman buat mereka tidak lekang dari wajahmu..itulah aku sekarang..hatiku menangis, tapi senyuman cuba ku ukir untuk mereka disisi..

ma..ku doakan kau bahagia dan tenang disana..jika ada kesempatan, datanglah menemani tidurku..memelukku erat..memeagang kuat tanganku..kerana aku betul2 memerlukan kekuatan..

ma..dua tahun sudah hidupku tanpamu..aman lah bonda disana..alfatihah

No comments:

Post a Comment