mutiara kata

Monday, October 17, 2011

udang sama udang

erm..jom kita hayati bait2 lagu nih..penuh dengan mesej2..
lagu oleh rafeah buang




Udang sama udang
Masak gulai dalam kuali
Jikalau masih bujang
Carilah teman berhati-hati
Naik Bukit Bendera
Bukit Bendera di tempat kami
Kalau dah sama suka
Hantar pinangan ikatlah janji
Korus
Tanjung Pagar ternama
Kapal datang dan pergi
Jangan bermain cinta
Kalau tidak sesungguh hati
Udang sama udang
Tak 'kan sama anak tenggiri
Bujang sama bujang
Orang tua yang makan hati

best kan lagu2 lama..kalau nak tau mesej yang disampaikan, mudah je..tak macam lagu sekarang..meaning behind tuh terlalu dalam dan complicated untuk disampaikan..itupun kalau ada maksud..hurm..mungkin dunia sekarang dah terlalu sukar..lagu pun susah nak paham jugak la..

lagu ni mengisahkan tentang hubungan lelaki dan perempuan..dalam bahasa mudahnya..kalau tak da calon nak kawin, carilah hati2..jangan nak main2 je..ni la situasi sekarang..istilah 'couple' tu dah makin biasa dalam kalangan mereka..kenapa tak da 'couple' jadi persoalannya..apa salahnya, ikhlaskan hati..ingat..ORANG YANG BAIK ADALAH UNTUK PASANGAN YANG BAIK JUGAK!! kalau kita dah berkenan dengan gadis/teruna orang, cepat2 la jadikan ikatan yang sah..kerja2 haram ni tak berkat hidup..and ada kajian menunjukkan punca perpisahan dikalangan pasangan kekasih setelah 3 tahun pertama dalam perhubungan adalah disebabkan oleh tanggungjawab..mana2 hubungan tak kira lah kekasih mahupun suami isteri mesti ada pergolakan berlaku..yg bezanya ialah bila menjadi pasangan kekasih, tanggungjawab terhadap pasangan masih tak terlalu memainkan peranan..alaaaa..bukannya kawin lagi pun..so, boleh la cari lain..tapi bila dah ada ikatan yang sah, tanggungjawab itu akan lahir dlm hati..ada batasan  tanggungjawab boleh mengelakkan penceraian..bila masih ada kes penceraian, silalah muhasabah diri ye..so, fikir2 la..

No comments:

Post a Comment