mutiara kata

Monday, October 10, 2011

bayi uwais dalam kenangan

bismillahirrahmanirrahim..

dah lama aku tak ceritakan suasana kerja aku sebagai budak praktikal..dah masuk bulan kelima aku di department farmasi..bermula di tdm di bulan jun..boleh baca di sini..kemudian di tpn, bulan julai..2 bulan seterusnya di opd..

kali ini aku nak bercerita tentang kerja ku di bulan julai yang sudah..di tpn..total parenteral nutririon..

kerjanya yang sibuk tapi santai..sebelum tu, jom kita berkenalan dengan tpn..tpn ialah
Intravenous feeding that provides a patient with all of the fluid and the essential nutrients they need when they are unable to feed themselves by mouth.atau dalam bahasa mudahnya...pemberian nutrisi yang mecukupi dalam bentuk cecair bagi pesakit yang tidak dapat makan dengan sendirinya..so, kena bagi melalui intravenous..tak kisah la baby, kanak2, org muda mahupun dewasa..

kesian kan?? kita senang2 je makan apa yang kita nak..ayam, daging, macam2 jenis kuih, nasi, buah-buahan, sayuran, kek, puding dan macam2 la yang mengidam..tapi mereka yang diduga dengan dugaan Allah ini hanya diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dengan beg nutrisi nih..tapi alhamdulillah, tpn nih provide kesemua nutrisi untuk badan pesakit..cuma malangnya mereka tak dapat rasa nikmat merasa..tak pe..bersyukur dengan segala ketentuanNya..

TPN bag untuk adult
for baby or paed


biasanya bag nutrisi untuk orang dewasa dah readymade..yang perlu bancuh setiap hari hanya untuk baby..kebiasaannya..dan kadang2 ada jugak beg adult yang perlu ditambah volume nutrisinya..

kisahnya bermula..

bermula la kerja aku di unit tpn pada 010711..diterangkan tentang procedure2 di sana..topup barang2 dan ubat..swab pass box..dan tunggu worksheet..tampal label, rekod nama patients dan rekod sample untuk dihantar ke makmal..kerja rutinku sepanjang sebulan..dapat didikan dari kak na marina sebagai ppf yang incharge untuk tpn..

disini aku mula mengenali patient setia tpn sejak oktober 2010..adik muhammad uwais bin mohamad asri..atau singkatannya 'MUW'..setiap petang atau waktu rehat, nampaklah wajah ayahnya yang datang menghantar cool box untuk mengisi makanan anaknya..tergesa-gesa nampaknya..mungkin lambat untuk ke kerja..jam 5 ke 6 petang, ayahnya kembali datang untuk membawa pulang makanan anaknya..begitulah kasih sayang si ayah..

simpati aku tumpah tatkala melihat wajah ayahnya..sejak aku mula mengenali nama adik itu, hatiku teringin untuk melihatnya..intestinal dysmotility..itulah yang dideritai oleh adik uwais sejak dilahirkan..

sempat aku berjumpa dan berbual dengan ayahnya..bertanya khabar si kecil di rumah..kadangkala adik sihat dan ceria..adakalanya, muram dan menangis..mungkin letih menahan derita yang hanya dia yang merasainya..sering juga aku berbual mesra..nampak je aku, dia terus berikan cool box anaknya..nampak je aku, terus dia tanya tentang makanan anaknya..

namun, takdir Allah dan menentukan..pagi ini, sampainya aku di farmasi, kak ida, prp tpn datang menerpa ku..dengan air mata, kak ida bagitahu, "uwais dah meninggal"..hatiku terlalu sebak..pantas air mata ini berlinangan..sedih..menangis..

tangisan ini tangisan syukur sebenarnya..tangisan ini tangisan sayang..tangisan ini tangisan rindu..

air mata ini tumpah kerana aku mula jatuh hati padamu..jatuh hati pandangan pertama..

rabu lepas..waktu itu adik uwais datang untuk check-up..sambil itu, si ayah membawa si kecil untuk mengambil makanan hariannya..tika itu, aku sendiri yang menghantar makanan itu..aku melihat sekujur tubuh si kecil yang begitu montel..wajahnya mulus, putih dan gebu..sempat aku mencubit sayang pipi tembam uwais..sempat aku mencium pipi mulus uwais..sempat aku menyentuh tangannya yang halus itu..sempat aku membalas lambaian comel uwais..sempat lagi aku tunjukkan pada staff2 yang sama2 mengenali uwais hanya pada nama..dengan gembiranya aku ketika itu, aku ceritakan pada mereka..hatiku betul2 teruja..maklumlah dah lama aku nak lihat uwais..

itulah perjumpaan kami yang pertama..dan terakhir..itulah sentuhan pertama dan terakhir..itulah lambaian terakhir darinya..

aku sedih kerana hatiku mula menyayanginya..aku sedih kerana si kecil itu terlalu kuat untuk menghadapi deritanya..aku sedih kerana aku bersyukur..bersyukur kerana Allah masih sudi meminjamkan anak kecil itu walaupun setahun untuk dihadiahkan berjuta kenangan bersama ibu bapanya..memberi beribu makna tentang kehidupan..

kasih aku padanya..kasih ibubapanya lebih lagi..namun kasih ALLAH tak siapa dapat tandingi..

ALFATIHAH UNTUK ALMARHUM ADIK MUHAMMAD UWAIS BIN MOHAMAD ASRI..

1 comment: