mutiara kata

Saturday, September 17, 2011

sepi??

bismillahirrahmanirrahim..

ouhh..dah terlalu lama blog ini dibiar sepi..sesepi hati tuan empunya blog..

dah banyak kisah, kenangan, memori, duka dan luka dibiar hanya dalam ingatan..

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari lebaran, eid mubarak, eidul fitri, minal aidil wal faizin, takabbalallahu minna waminkum..raya kan sebulan..dikesempatan ini, empunya diri memohon ampun maaf diatas salah silap, terkasar bahasa, tercuit sana, terkecoh sini dan segalanya dengan ikhlas hati ini..

ouhh..bulan puasa yg penuh dengan keperitan..konflik hati..konflik keluarga..hati, bertahanlah..

4 bulan sudah aku praktikal di jabatan farmasi GH..alhamdulillah, seronok walaupun penat..gembira walaupun sakit..syukur walaupun dibuli..

banyak yang tertinggal..namun kenangan tetap menjadi kenangan..

rindu untuk berada jauh semula..namun hati ini berat hati untuk meninggalkan yg tercinta..abah..walaupun hati ini terlalu sakit dengan keadaan sekeliling..walapun mata ini selalu sangat dibasahi air mata dek perangai orang disebelahmu, abah..walaupun suara ini terlalu susah untuk mengeluarkan kata2 luahan hati ini..namun, aku tetap redha..redha dengan ujian Allah..

abah..kalaulah engkau tahu apa yang ku rasa, adakah engkau sanggup berpisah dengannya semata-mata kerana kami, anakmu?? ada dia mahupun tiada, bagi kami sama sahaja..maaf untuk ku katakan, aku sudah mula membencinya..


No comments:

Post a Comment