mutiara kata

Thursday, September 22, 2011

kisah itu pengalaman

bismillahirrahmanirrahim..

malam ini malam jumaat..orang cakap, sunat kalau kita baca yasin atau almathurat malam2 jumaat macam nih..alhamdulillah, moga dapat keberkatan rahmat malam yg indah ini..

kisah itu pengalaman..pengalaman dan kekuatan seseorang yang bertuah mendapat ujian Allah..

kisahnya bermula di hari ahad..hari pertama bekerja diminggu ini..baginya, itu adalah hari2 biasa yang memerlukan komitmen sebagai petugas ubat-ubatan..baginya, jawatan yang telah dirasmikan perlu dijawat dengan dedikasi..tempat baru, memerlukan usaha yang lebih untuk mengenali susun atur dan prosedur setiap perkara..dari screening slip ubat, membancuh atau mencari ubat2, sehinggalah memberi kaunseling kepada pesakit..dari pegawai u54 paling tinggi jawatannya, sehinggalah kami sebagai trainee, perlu dikenalinya..semata-mata kerana dia seorang pegawai..

kisahnya bermula pada waktu petang atau malamnya, mungkin..innalillahiwainnailaihi raaji'un duluahkan setelah pemergian bondanya..ouhh..sungguh sakit pabila orang yg mengandungkan kita, orang yang melahirkan kita, menjaga dan mendidik kita, paling rapat dengan kita, pergi meninggalkan diri buat selamanya..amat perit..aku mengerti..takziah..

namun, kaki perlu melangkah..hati perlu tabah..wajah perlu gagah..kerana masih ada yang memerlukan kita..kerana perginya dia disayangi Allah..mudah-mudahan..

selasa itu, malamnya, mungkin..Allah menguji lagi kekuatan iman beliau..sebuah kereta waja dilanggar oleh sebuah kourier di lebuhraya..seorang lelaki meninggal ditempat kejadian..isterinya cedera ringan, seorang anaknya tidak sedarkan diri dan 2 lagi anaknya patah tulang peha..kejadian itu meremukkan lagi hati si pegawai..abang telah pergi bersama-sama bondanya menghadap Ilahi..kehilangan kali kedua..inilah dugaan sebagai insan biasa..takziah..

hari ini aku melihatnya melangkah lemah..aku melihat wajahnya yang masih dalam kesedihan..aku melihat ketawanya bagaikan terpaksa..aku melihat kerjanya tidak dapat perhatian..aku melihat cahaya itu malap..

moga langkahnya kembali megah..moga wajahnya kembali bertenaga..moga ketawanya masih berpunya..moga kerja seperti biasa..moga cahaya itu malap seketika..

buat encik wan khairul, tabahlah..kerana dugaan itu tak diuji jika tiada berkemampuan..dugaan itu tandanya kasih Allah pada kita..setiap hujan yang lebat, Allah sentiasa hadiahkan kita pelangi yang indah..begitulah kehidupan..setiap musibah yang datang, yakinlah bahawa ada hikmah disebaliknya..ALLAH itu Maha Adil..

al-fatihah..

No comments:

Post a Comment