mutiara kata

Saturday, July 30, 2011

sanah helwah

bismillahirrahmanirrahim..

dah lama aku tak merajinkan diri nak meng-update blog..tak sibuk pun..cuma penat lepas balik kerja..biasalah..aku masih tak biasa dengan suasana kerja..ok..rindu nak belajar balik...

ehh..bukan tuh yang aku nak titipkan kat sini..

kalau sekarang, kau punya ibu sebagai pengubat lara..sebagai pendengar setia setiap butir bicara..sebagai manusia yg sentiasa cuba untuk membuatkan kau tersenyum..hargailah..kerana aku sudah tidak punya seorang ibu...

alhamdulillah..aku masih ada dia..dia yang kuanggap sebagai ibu..dia yg sentiasa mendengar omel karutku..dia yg sentiasa ada ketika aku merindui ibuku..dia yg bergelar ibu saudaraku..

kenangan demi kenangan..sejak aku kecil, membesar bersama anaknya..masih aku ingat..dia yg saban hari menjenguk kami dirumah..melayan kerenah anak2 kecil mya dan hannah sewaktu ibu2 mereka berpantang..menemani arwah ibu ku semasa sakit dan ketika kami tiada dirumah..

masih aku ingat..waktu itu upsr..aku sagat2 excited bila 'dia' yg menjadi pengawas kami..sangat2 gembira dengan kehadiran 'dia'..semakin bersemangat..dan kejayaan aku itu takkan kulupa..

masih aku ingat..tika dia terpaksa dibedah..aku menangis di hostel..ingin bersegera untuk pulang..tak tenang aku kalau tiada di depan mata..tak tenang aku jika kondisinya diluar penglihatanku..dan demi kasihku untuk dia, aku pulang walaupun tak sampai 24 jam..alhamdulillah, dia beransur sihat..

masih aku ingat..tika ibu sakit teruk..katanya ibu ku sudah lain..hanya Allah saja yg tahu betapa waktu aku mendengar dari mulutnya, hatiku dipagut pilu..takut..tiada yg lain..

masih aku ingat..tatkala aku tiba dirumah pada hari pemergian ibuku, dialah orang yg pertama datang memelukku..betul..waktu itu aku amat memerlukan kekuatan..dan aku peroleh kekuatan itu daripada dia walaupun sedikit cuma..

masih aku ingat..tika itu dalam tangis aku menyiapkan pizza..ouhh..itulah antara makanan yg istimewa mama untuk kami..dan disaat aku merindui mama, sendirian aku make pizzas..dan tak lupa aku berikan kepada saudara-maraku..disaat aku menghantar pada 'dia', entah kenapa hati aku sebak..makin bergenang air mataku bila melihat matanya bercahaya dengan air mata..tahukah dia aku merindui ibuku??

masih aku ingat..tika aku terlalu merindui ibu, dia lah tempat aku mengadu..

masih aku ingat..semasa di bumi Arab, kenangan2 itu menjadi perasa yg paling indah dalam hidup kami..moga impian untuk menuju ke sana lagi tahun hadapan tercapai..aminn..

terima kasih, cik..kerana sentiasa bersama kami adik-beradik..

selamat hari lahir..moga dengan makin bertambah usiamu, makin diberkati hidupmu, makin melimpah bahagiamu dan sentiasa dilindungi barakah Allah..

cik, i love you..we all love you..and thanks for always be everywhere for us..

No comments:

Post a Comment