mutiara kata

Saturday, July 2, 2011

2 minggu sudah

bismillahirrahmanirrahim..

dah lama aku menyepikan diri..tiada alasan apa2..

dah 2 minggu aku mula praktikal di jabatan farmasi hospital raja perempuan zainab 2, kota bharu..sepanjang 2 minggu, aku banyak mengenali nama2 beribu-ribu jenis ubat, bancuhan ubat2an, pelbagai jenis penyakit, dan jumpa ustaz naim kat kaunter..

aku ditempatkan di unit tdm (therapeutic drug monitoring) ataupun dalam bahasa melayu nya, pengawalan terapeutik dadah..ahahaha..entah betul ke idak translation aku tuh..main tibai je..

keja aku apa??? di unit tdm, kami akan menilai kandungan dadah atau dalam perkataan yg enak, ubat yg diambil oleh pesakit..sebagai contoh, kandungan ubat dalam darah pesakit sebelum dan selepas makan ubat..kalau 0.00, that's mean patient tu tak amik ubat..kalau below range, maybe dosage ubat tuh tak mencukupi, so, kena tambah dose ubat..kalau range tinggi, dah jadi toxic kat patient, so, we need to reduce the dose...

so, blood sample akan sampai di 'kaunter terima'..lepas rekod nama patient, ward, jenis ubat yg perlu dicheck..kemudian, spinkan blood sample tuh..aku suka bab2 spin..kenangan kat sini, aku tak tau blood sample tuh perlu di balance-kan..so, kalau ada 1 je blood sample, kenalah letak pemberat untuk imbangkan mesin tuh..huhuhu..

lepas spin, blood plasma akan terasing dengan blood serum..dalam tiub tuh, kita dapat libat lapisan2 darah..serum yg paling atas..pipetkan blood serum dan masukkan ke dalam tiub axsym untuk langkah seterusnya..make sure kena pakai glove..sebab serum org nih bahaya..tambah plak serum org berpenyakit..kang kita pun terkena kang..na'uzubillah..

then, tiub tadi di masukkan dlm mesin axsym..di sini, ada reagent untuk ubat2 tertentu yg dah dicontrol-kan setiap pagi sebelum blood sample sampai..contoh, pesakit tuh perlu diperiksa kandungan vancomycin dalam darahnya..so, rekodkan jenis ubat apa yg perlu diperiksa, and tunggu selama 10 minit..

haihhh...ok..keja aku berakhir bila rekod data keluar..pengiraan seterusnya, pegawai farmasi yg buat..

keja aku pagi2, warming axsym machine..masukkan reagent tube kat axsym machine..check buku rekod and updates..control reagent like vancomycin, gentamycin, phenobarbitone, phenytoin, valproic acid..menda2 alah nih common la..biasanya mostly blood sample datang untuk check menda2 alah nih la..then, tunggu blood sample..kalau tang blood sample banyak tuh, penatlah..tang tak dak keja tuh, tersengguk-sungguk aku..dapat blood sample, spin blood, pipet, and rekod kat axsym machine..data keluar..ok, settle..!!

kat unit nih, memerlukan banyak kesabaran..leceh bila dapat sample darah baby yg sangat sikit..sampai susah nak amik serum..leceh jugak bila machine buat hal..almaklumlah..keja ngan mesin nih, bukannya dia paham perasaan kita..huhuhu..leceh jugak bila dapat sample darah untuk cyclosporin..ok, sgt susah dan melecehkan..huhuhu..

kenangan kat tdm berakhir sepanjang 2 minggu nih..taun depan aku sambung lg for the next 2 weeks..

esok mula kat tpn..for a month..wallawehhh..keja bosan sebab jarang ada keja..ok la..gtg..ada kenduri tahlil 40 hari aunty aku malam nih..


No comments:

Post a Comment