mutiara kata

Thursday, June 2, 2011

tawaf di kaabah

bismillahirrahmanirrahim

Mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu

kita bebas membaca apa-apa doa atau zikir yang difahaminya. Yang terlebih baik ialah doa-doa yang maa'thur iaitu yang datang daripada Nabi s.a.w. atau pun membaca al-Quran.  Malahan tawaf tetap sah kalau kita tidak membaca apa-apa doa pun. Walau bagaimanapun alangkah ruginya kita jika tidak mengambil kesempatan di tempat yang barakah, yang mana Allah s.w.t. menurunkan 60 rahmah kepada orang yang sedang tawaf, tetapi kita tidak berdoa atau berzikir, atau membaca al-quran.

para jemaah disarankan untuk mengatur sendiri doa atau zikir yang hendak dibaca semasa melakukan tawaf. Adalah lebih baik lagi jika kita berdoa atau berzikir dengan doa atau zikir yang lazim kita lakukan seharian.  Sebagai contoh:

Pusingan pertama:
اَسْتَغْفِرَاللهَ
Pusingan kedua:    سُبْحَانَ الله

Pusingan ketiga:    اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Pusingan keempat: اللهُ اَكْبَرُ
Pusingan kelima: لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Pusingan keenam: ياَذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Pusingan ketujuh: اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحّمَّدٍ

Dalam setiap pusingan, ketika berada di antara rukun Yamani dan rukun Hajar Aswad bacalah:

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Jadi jika kita melazimi zikir-zikir ini maka dengan automatik kita akan tahu sama ada kita telah cukup tawaf 7 keliling atau sebaliknya.


 
Apa yang dinytakan di atas hanyalah sebagai contoh sahaja. Para jemaah bolehlah susun zikir/doa/ayat quran yang ingin dibaca semasa tawaf. Sebagai contoh, para jemaah boleh juga memabaca zikir harian imam Ghazali yang masyhur itu. Yang penting, jangan dibiarkan tawaf kita itu kosong tanpa apa-apa doa. Alangkah bagusnya kalau kita dapat susun bacaan-bacaan tersebut yang sekali gus dapat mengingatkan kita akan bilangan tawaf yang telah kita lakukan. Jadi dapatlah kita elakkan keraguan atau was-was dalam bilangan tawaf yang telah kita lakukan.

No comments:

Post a Comment