mutiara kata

Saturday, June 4, 2011

tahallul

bismillahirrahmanirrahim..

bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, tetapi yang sebaik-baiknya bercukur semuanya sekali bagi lelaki. Bagi wanita pula tidak dihendakki bercukur, cuma menggunting rambut sahaja. 

Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam) mimpinya dengan kebenaran (iaitu) demi seseungguhnya kamu akan ke Masjidil Haram insya Allah ( jika dikehendaki Allah) dengan aman sentosa serta bercukur dan menggunting (rambut) kepalamu tanpa takut sedikit pun" (Surah Al- Fath ayat 27) 

SUNAT-SUNAT SEMASA BERCUKUR
Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa bercukur atau bergunting rambut itu diantaranya ialah:-
    1. Memulakan bercukur di sebelah kanan, kemudian baru yang kiri,
    2. Menghadap kiblat (Ka'bah)
    3. Bertakbir serta berdoa,
    4. Mengandam misai dan memotong kuku, Bagi orang yang berkepala botak, maka sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya, walaupun tiada berambut.


No comments:

Post a Comment