mutiara kata

Friday, June 3, 2011

saie yg berikutnya

bismillahirrahmanirrahim..

HUKUM SA'IE
Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji atau umrah tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batallah haji dan umrahnya.

SYARAT-SYARAT SA'IE
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun
  • Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah- jarak antara Safa dan Marwah lebih kurang 420 meter;
  • Cukup 7 kali perjalanan dengan yakin iaitu dari safa ke marwah sekali dan dari marwah ke safa sekali;
  • Hendaklah sa'ie hingga sampai penghujung tempat sa'ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada kawasan yang dituntuti pada tiap-tiap kali.
  • Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa'ie
  • Hendaklah dilakukan sa'ie itu di mas'a sendiri iaitu tempat yang terbentang antara safa dan marwah bernama Al- Wadi

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE

  • Berada dalam keadaan suci, yakni berwuduk,
  • Keluar ke tempat sa'ie dengan melalui pintu safa
  • Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke anak-anak batu bukit dan berdoa,
  • Setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah hendaklah menghadap kiblat ( Baitullah) dan mengangkat kedua belah tangan serta bertakbir 3 kali dan membaca kalimah tauhid.
  • Berlari-lari anak atau berjalan cepat di satu tempat bertanda hijau bagi lelaki.
  • Mualat antara sa'ie dengan tawaf. 

HIKMAH
  • Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada siti hajar yang berusaha mencari air untuk anaknya nabi ismail
  • Mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan sesuatu


LAFAZ DAN BACAAN SEMASA SAIE:
Sama seperti waktu melakukan tawaf, tidak ada bacaan khusus ketika melakukan sai'ie antara Safa dan Marwah.  Para jemaah bolehlah mengatur zikir atau doa seperti semasa bertawaf atau membaca doa yang terdapat dalam buku panduan Tabung Haji. 
Perlu ditegaskan di sini bahawa tidak ada sai'e sunat.  Namun dalam gambar di atas kita boleh lihat orang yang berpakaian biasa berjalan bersama-sama dengan orang yang sedang bers'ie. Jalan yang terbaik di sini ialah bersangka baik. Mungkin mereka sedang menemani isteri bersai'e atau menemani kawan. 


No comments:

Post a Comment