mutiara kata

Friday, June 17, 2011

sabarlah hati

assalamualaikum..

aku masih ingat..masa tu kelas tusyen..kena buat essay pasal colours..sir lokman tanya kitorang, what means by colours?? macam2 jawapan la yg ada..dan aku menjawab, "life?"...ye..itulah warna kehidupan..pelbagai warna yg ada..merah, putih, hitam dsb..

kalau aku, warna kegemaran aku ialah hitam..bagi aku hitam itu menarik..lagi dalam kita melihat warna hitam, lagi banyak prisma warna yg ada dalamnya..pernah aku terbaca, warna kegemaran melambangkan kehidupan kita yg sedang kita lalui..

ini pendapat aku saja..hitam itu melambangkan kekecewaan, kemurungan..tapi itu hanya dengan mata kasar..hakikat kehidupan, tak semuanya pahit dan tak selalunya manis..jika kita melihat sedalam-dalamnya, ada warna selainnya..dalam hitam, aku masih dapat lihat merah, biru, kuning dan ungu..

begitu juga dalam kehidupan..dalam ceria, kita masih berduka...dalam ketawa, kita masih boleh menangis..dalam waktu kita senang, ada yg susah..namun tika kita susah, yakinlah pasti akan senang kemudian..air laut yg berombak itu ada pasang surutnya..begitu juga dengan kehidupan kita..ada jatuh dan bangunnya..

itu semua rencah kehidupan..kalau masakan tiada rempahnya, hambarlah rasanya..andai hidup tiada dugaannya, manalah kita hendak menghargai erti hidup?

dahulu aku pernah berada di atas..dalam keluarga besarku, aku lah yg dibangga-banggakan..berbeza dengan sepupu2ku yg lain..sejak upsr, aku berjaya dapat tempat 5A..dan keputusan itu dikatakan pecah rekod dalam keluarga besarku..aku juga dapat tempat 9A pmr..sema juga dengan upsr..dipuji-puji dengan kejayaan itu..

sehinggakan aku leka..alpa..lalai..sedangkan kejayaan tak selalu jadi milik kita..pabila sentiasa berada di atas, aku lupa bahawa bila ada yg di atas, pasti ada yg dibawah..aku lupa bahawa, tak selamanya aku akan berada diatas..itulah kesilapan aku..

kini, aku sudah merasa jatuhnya kehidupan..sehingga buat aku tersedar hakikat kehidupan..aku sedih kerana tika ini aku rasa sudah terlambat..aku sedih kerana aku gagal menunaikan harapan abah..aku sedih bukan kerana kata2nya..tapi aku sedih kerana harapan abah bagaikan terlalu sukar utk aku harungi..aku sedih bukan kerana sinisnya..tapi aku sedih kerana harapannya yg menggunung itu tak dapat aku tarah..

aku sedih kerana aku hanya baru tersedar kehidupan ini bukan seperti apa yg kita ingini..aku sedih kerana aku terlambat untuk menyedari hakikat kehidupan yg pasti ada turun naiknya..aku sedih kerana penyesalanku ini terlalu sukar untuk aku harungi dan bangun kembali..aku bukan tidak cuba, dan aku cuba untuk bangkit, namun, ia terlalu perlahan..sangat perlahan..

abah..aku tahu, harapan kau untuk melihatku berjaya begitu tinggi..aku tahu, kata2 kau itu ada maknanya..namun, seribu dan berjuta kali ampun dan maaf..aku mengecewakanmu, abah..

sedih... 

No comments:

Post a Comment