mutiara kata

Wednesday, June 1, 2011

pertama ialah niat ihram

bismillahirrahmanirrahim..

niat ihram di miqat2 tertentu..

Terdapat 5 miqat bagi ihram haji atau umrah iaitu:

1. Yalamlam – bagi yang datang dari arah Yaman. Pada satu ketika dulu, orang Malaysia yang menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui miqat ini.

2. Bir Ali atau Zulhulaifah – bagi yang datang dari arah Madinah dengan bas, kereta, dsb. Bagi mereka yang menaiki pesawat kapalterbang, miqat mereka ialah di lapangan terbang Madinah3. Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dsb.

4. Zatu Irqin – bagi yang datang dari arah Iraq.

5. Qarnul Manazil – bagi yang datang dari arah Najd, Kuwait, dan juga jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapalterbang.


















masjid bir ali




Dinamakan Abyar Ali (Bir Ali) kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

Sunat-Sunat Sebelum Ihram

1. Taubat atas segala kesalahan
2. Mengerat kuku
3. Membuang atau mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak
4. Mengandam atau merapikan misai, janggut, dan rambut.
5. Mandi sunat ihram (jika keadaan mengizinkan – janganlah mandi dalam kapalterbang).
6. Berwuduk
7. Memakai minyak wangi pada badan (bagi lelaki sahaja untuk tujuan kesegaran). Bagi wanita hanya boleh memakai bahan yang boleh menghilangkan bau badan yang tidak mendatangkan kemudharatan dan shawat bagi lelaki jika terbau.
8. Memakai minyak rambut.
9. Memakai kain ihram yang berwarna putih.
10. Solat sunat ihram atau solat sunat musafir. Bagi jemaah umrah yang langsung masuk ke Mekah daripada Malaysia, maka lakukan solat tersebut di KLIA.

Lafaz niat solat sunat umrah:


Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat Pertama : Al-Fatihah dan Al-Kafirun
Rakaat Kedua : Al-Fatihah dan Al- Ikhlas

PERHATIAN:

Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat ihram.  Jika sudah berniat ihram maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.

Setelah solat sunat ihram maka maka pasanglah niat ihram untuk umrah.

Lafaz niat ihram umrah:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَىْ

Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala

Setelah itu jemaah disarankan sentiasa bertalbiah disepanjang perjalanan menuju ke Makkah. Talbiah hanya tamat selepas jemaah memasukki masjidil haram dan telah nampak kaabah.

لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَّ لَبَّيْكَ، ِإنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْك           
لاَ شَرِيْكَ لَكَ.
Maksudnya: Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan. Tiada sekutu bagiMu.

1 comment:

  1. Assalamualaikum WBT.

    Ain!!

    Apa khabar kat sana? Weee. Kak Hud mesej, tapi dah terlewat kot. Awak dah berlepas. Huu. Kat sana dapat internet ke?

    Hee.. Ain, doakan Kak Hud dapat kerja dan mudah sambung study. :')

    ReplyDelete