mutiara kata

Thursday, June 16, 2011

menjadi tetamu Allah : part 3

bismillahirrahmanirrahim..

perjalanan kami berakhir denga tawaf wida' sebelum bertolak ke lapangan terbang king abdul aziz, jeddah..air mata tak putus2 membasahi pipi..berat hati untuk meninggalkan tempat suci ini..lama aku disana walaupun panas terik membahang..sengaja melambatkan kaki untuk melangkah sepanjang tawaf..sengaja melambatkan rakaat2 solat sunat tawaf yg terakhir..dalam hati tetap berazam untuk kesana lagi..YA ALLAH, permudahkanah jalanku untuk menjadi tetamu baitillah lagi..

sepanjang dibumi haram itu, aku melalui banyak kenangan yg tak dapat aku lupakan..kenangan yg mengeratkan hubungan keluarga kami..walaupun masing2 merindui anak2 dirumah, tapi kami tetap bahagia di sana..aku kagum dengan kekuasaan Allah dengan melihat sejarah2 penubuhan kaabah dari batu syurga yg diturunkan dan akhirnya dibina oleh Nabi Ibrahim dari 6 jenis batu dari bukit2 seluruh tanah arab..kemudian kisah tapak kaki Nabi Ibrahim yg diangkat..kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail yg menjadikan titik permulaan tawaf ditanda dgn batu hajarul aswad..

hati aku juga begitu tersentuh dengan kebanjiran manusia yg pastinya menghadap kibalat yg sana, menyembah Allah yg satu, memenuhi segenap pelusuk masjidilharam..pelbagai warna kulit, saiz badan yg pelbagai mazhab, dihimpunkan di satu tempat yg sama atas tujuan yg sama..kenapa bumi mekah yg besar itu boleh membanjiri umat islam seluruh duia, sedangkan kenapa malaysia yg sekecil cuma tak dapat menjadikan negara sebagai satu umat yg islam?? hurm..itulah kekuasaanMU, YA RABBI..

disana, air mata ini tak malu2 untuk turun..tika aku mula menjejakkan kaki di masjid nabawi..ketika aku dapat bersolat sunat di raudhah dan dapat memberi salam pada junjungan baginda, walaupun ditolak2 dan diasak..tangisku kian laju tatkala aku melihat kaabah yg selama ini aku hanya melihat di tv mahupun gambar..sebak makin mencengkam pabila umrah pertama ku berjaya ku tunaikan..dan masih aku ingat malam setelah aku menunaikan umrah untuk mama, doaku dihadapan kaabah termakbul pabila aku dapat memeluk mama walaupun hanya dalam mimpi..hatiku cukup bahagia..sangat bahagia..

kenangan di sana, cukup buat hati aku berubah..insyaAllah..

nantikan gambar2nya kemudian

No comments:

Post a Comment