mutiara kata

Wednesday, June 15, 2011

menjadi tetamu Allah : part 2

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..kali ini diberi kesempatan yg agak free untuk menyambung kisah aku di bumi mekah..

4 jun :
hari itu masih tiada program ziarah dari pihak travel..so, kami mengambil kesempatan untuk bergerak seramai 9 orang ahli keluarga kami dengan sebuah van untuk berniat umrah di miqat tanaim..nama tuan van, ibrahim..tak pandai ckp english, apatah lagi malay..so, aku baham je la ckp arab dgn dia..nasib baik la ada perkataan2 yg aku masih ingat..hahaha..

pertama kali ke masjid tanaim..cantik..dan pagi2 pun dah ramai yg berniat umrah sama2..yg tak boleh aku lupa kat sana ialah carpet yg agak tebal..aku dan kakak yg selalu kalah dgn keselesaan carpet tu..asyik nak tidur je..haihh..berangan je la..

umrah kami kali kedua selesai jam 10.30 pagi..seronok..aku dapat kucup hajarul aswad!! dgn bantuan sindiket indonesian..mula2 memang aku tak tahu itu sindiket, tapi bila dia mintak tips (upah), barulah aku sedar..tapi bahagia sangat dpt kucup hajarul aswad..ALLAHUAKBAR!!!

5 jun :
ziarah bermula..ke jannatul ma'ala..perkuburan saidatina siti khadijah..subhanallah..kat sini banyak kisah2 menarik yg baru aku tahu..rupa2nya, perkuburan di sana berbeza dgn kita..kuburnya seperti sebuah bilik..disimpan mayatnya di dalam sebuah bilik sehingga 5 tahun lamanya..kemudian dialihkan tulang2 yg lama..dan kubur/bilik itu akan dikosongkan untuk mayat yg baru..kat situ ada satu2nya pohon bidara..dan dikatakan bawah pohon bidara itulah maqam saidatina siti khadijah, isteri baginda..

kemudian ke tanaim untuk miqat berniat umrah kali ketiga bagi kami sekeluarga, dan kali kedua bagi pihak travel..

selesai niat umrah, ke maqam saidatina maimunah, isteri baginda..kisahnya, saidatina maimunah ialah seorang anak ketua kafir quraisy yg pernah menghalang kumpulan Nabi Muhammad untuk memasuki Mekah..dan perkahwinan Saidatina Maimunah dan Rasulullah telah menjadi titik tolak kemasukan mereka ke Mekah..keperibadian Saidatina Maimunah yg sgt patuh dan tak pernah berkata apa2 mengkagumkan aku..bolehkah aku setaat saidatina Maimunah?? errrr..kisahnya aku pun tak pasti sangat..kalau salah, sila perbetulkan ye..

6 jun :
ziarah lagi..ke jabal thur, arafah, mudzalifah, mina dan jabal nur..padang arafah yg dikatakan bumi yg paling panas..kami hanya diceritakan kisah2 orang2 yg menunaikan haji yg bermalam di mina, mengutip anak batu dan melontar di mudzalifah dan berwuuquf di arafah..kisah yg paling terkesan dalam hati aku..diceritakan bahawa sesiapa yg berjalan dari mekah ke arafah, mina dan mudzalifah, sepanjang perjalanannya dipeluk oleh malaikat2, sedangkan sesiapa yg menaiki kendaraan hanya diberi salam oleh para malaikat..ouhhh..kuatkah aku untuk melaluinya nanti..tapi nenek aku dulu pun jalan kaki je..takkan cucunya tak boleh, kan?? kisahnya pun aku tak pasti sangat..maklumlah, kalau dlm bus tu, asyik terlentok je..hehehe..

then, lastly, kitorang bermiqat umrah di masjid jaaranah..umrah keempat untuk kami sekeluarga..

7 jun :
ziarah di bahagian jeddah..agak jauh sedikit..bermula dengan solat sunat tahiyatul masjid di masjid baghdadiah..di sana kami dikisahkan dengan masjid ini terkenal sebagai masjid terapung di laut merah dan tempat hukuman hudud dilaksanakan..hurm..arab saudi memang mengamalkan hukuman Allah ini, tapi kenapa Malaysia tidak mengamalkannya sedangkan ini hukuman yg dah termaktub dari Allah?? hurmm..

kemudian hanya melalui perkuburan hawa dan menuju ke plaza kornish..barang sangat mahal..yg mampu dibeli, sejadah, baju mya n hannah, dan ais krim..ouhh tak lupa, bakso..hahaha..

bermiqat di jeddah dan sejam perjalanan yg letih kemudian umrah yg kelima..huhhh..exhausted..tapi puas hati..sebab dapat kucup hajarul aswad buat kali kedua..ini usaha sendiri walaupun nak terjatuh..huhuhu..

8 jun :
ziarah yg plaing ringan..hanya ke muzium purba di aziziah..dapat tengok barang2 purba, selendang saidatina fatimah az-zahra, gambar2 kaabah dilanda banjir dan runtuh..rupa2nya kaabah dahulu lebih besar, tetapi akibat runtuh, dan kos yg terlalu tinggi menyukarkan sahabat2 baginda pada ketika itu untuk membina kembali kaabah yg asal..dan kawasan hijr ismail itulah sebahagian kaabah yg runtuh dulu..so, kalau tak dapat solat dalam kaabah pun, kat kawasan hijr ismail pun dah dikira dalam kaabah jugak la..alhamdulillah..

niat umrah keenam dimasjid jaaranah..

9 jun : 
ziarah hudaibiyah..dekat sedikit compare ngan jeddah..menziarah ladang tenusu unta..ouhh..turun kejap pun dah bau unta dah satu badan..dulu pernah jugak minum susu unta, tapi bila dah bau unta nih, rasa termuntah pulak nak telan susu unta..huhuhu..tapi susu unta sangat bagus especially for asthmatic patients..

then berniat umrah ketujuh di masjid hudaibiyah..kecik..dan unik..hahaha..

10 jun :
kami bergerak hanya berkeluarga ke tanaim sekali lagi untuk berniat umrah yg kelapan..umrah kali ini aku niatkan untuk mama..hadiah untuk mama..sepanjang tawaf, air mata aku suka2 je nak keluar..dengan kesesakan manusia, aku masih sempat menghabiskan 2 kali bacaan surah yaasin sepanjang tawaf 7 kali..hadiah buat mama..umrah kami terakhir di tanah suci mekah..

ok la..sambung lagi...

No comments:

Post a Comment