mutiara kata

Tuesday, June 14, 2011

menjadi tetamu Allah : part 1

bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah..hari ini dah makin bertenaga nak mengisi kenangan2 di tanah suci Mekah..hari ini aku mahu bercerita..mungkin bakal disambung entry kemudian..tulis aje la yg mana larat..hehehe..

30 mei :
mula berlepas ke kl..jam 11.35 pagi..pemergian kami seramai 9 orang diiringi oleh keluarga2 dan kawan2..thanks to aisyah, na and akram sebab antar aku sama2..

klia..disambut oleh ayah sin (bapa saudara) dan keluarga..adik cik (aunty) dan keluarga..and anak tok sedara belah arwah mama..ramai jugak la yg menemani kami bersembang di airport..

flight mula meninggalkan bumi malaysia pada jam 8 malam..perjalan yg memenatkan dan sangat melenguhkan kaki..selama 7 jam lamanya..jet leg..and tido dan tido..bangun untuk makan je..huhuhuhu..

sampai dubai..transit 3 jam..dan meneruskan penerbangan ke madinah..3 jam pulak..letih sangat2..

31 mei :
tiba di madinah seawal subuh..hotel mawaddah..hotel baru..facilities pun tak banyak..dan sangat2 jauh dengan masjid nabawi..cuaca di madinah snagat panas..lebih 58 degree celcius..Maha Suci Allah..panasnya berbahang..tapi tak berpeluh pun..panasnya kering..berdebu dengan pasir2 halus..mata kami memerah disana..

usai subuh, kami mulakan ziarah kami di masjid nabawi..mula2 melangkah di masjid ini, mata aku mula bergenang.."ya Rasulullah!! aku datang padamu..amat2 merindui mu.." hati aku sebak..demi Allah, aku begitu berangan untuk menatap wajah Rasulullah..

dalam taklimat penerangan kisah2 nabi, hati aku betul2 tersentuh..azamku begitu menggunung untuk melawat makam nabi..untuk melihat rumah nabi Muhammad SAW..raudhah..kisahnya pernah ku titipkan di blog ini.. siapa yg tidak mahu untuk melihat, berdoa di salah sebuah taman dari taman2 syurga..

ouhh..waktu di sana kurang 5 jam dari waktu di malaysia..subuh di sana jam 4 pagi..waktu disana siangnya lebih panjang dari malamnya..4 pagi di sana dah macam 8 pagi di malaysia..

selesai diberi penerangan, kami masuk ke masjid..dimulakan dengan solat sunat tahyatul masjid..kemudian kami menantikan giliran kami masuk ke raudhah..raudhah hanya dibuka waktunya bagi kaum hawa pada waktu pagi (7am-11am) dan waktu malam (ba'da isya'-12pm)..alhamdulillah..walaupun berasak-asak..dengan keghairahan mereka2 yg bangsanya berbeza-beza..sedangkan kita ini hanya di paras bahunya..kami kuatkan semangat juga walaupun bertolak-tolakan utnuk memasuki raudhah..

masih aku ingat..pesan umi dan nenek..katanya kalau sudah nampak carpet hijaunya, itulah kawasan raudhah..bersegeralah solat sunat..itulah kata2 yg aku pegang..sumpah, bukan senang nak masuk taman syurga nih..dengan ramainya manusia yg sama2 tujuannya dengan kita..namun, alhamdulillah jua, aku sempat bersolat sunat 3 kali pada waktu itu..alhamdulillah..hahaha..yg tak boleh lupa, masa tu kami memang blurr..tak sempat dah nak jenguk mana maqam nabi, mana maqam abu bakar, mana maqam umar..dahlah semua berpecah..masing2 kena defend diri masing2..hahaha..

kami juga diberi taklimat tentang perkuburan baqi'..kata khalifah, kaum hawa tak dibenarkan pergi ke sana..

1 jun :
ke masjid quba' dan masjid qiblataini..
masjid quba'..masjid pertama dibina...kisahnya di sini
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berwudhu dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi pahala seperti menunaikan Umrah.”

kemudian ke masjid qiblataini..qiblataini bermaksud 2 kiblat..dulu rasulullah SAW menghadap baitulmaqdis sebelum diperoleh wahyu dari Allah supaya menghadap kiblat yg satu, iaitu kaabah..kisahnya di sini..

then, ke bukit uhud..cuacanya yg berbahang..namun, digagahi jua berjalan sejauh kurang 500 meter untuk ke bukit uhud..sebelumnya kami berdoa di makam pahlawan2 yg jihad fisabilillah semasa perang uhud..kisahnya di sini..

kami juga menziarah kilang percetakan al-quran..kat situ, hanya abang, abah dan ayah cik je yg masuk..sebab pompuan tak leh masuk..video nanti aku upload dengan abang..

then, ke pasar kurma..okeh..memang sangat banyak kami borong kurma sampai terlebih muatan..hahaha..

malamnya, aku menemani kak ja (kak iparku) ke raudhah..sekali lagi..dan alhamdulillah, kami berjaya masuk..alhamdulillah jugak, aku mula mengenali makam2 mereka..air mataku mula bergenang..tak putus2 doaku utkmu, ya Rasulullah.."ya Rasulku..sesungguhnya aku begitu mengharapkan syafaat darimu" ..rintihku..

2 jun : kami ke perkampungan yahudi..kat sana dah tak da orang dah..dengar kisah2 dalam bus je..then, ke bukit terbakar..kisahnya bukit tu memang terbakar..then, ke bukit magnet..menarik..di sepanjang perjalan, ada pelancong/penduduk disitu sedang meletakkan botol minuman di jalan..dan botol itu bergerak, bergolek sendirinya..begitu juga driver bus kami melakukan demonstrasi..beliau tidak menekan pedal minyak, namun bus masih boleh bergerak sendiri..Allahuakbar!!

usai zuhur, kami dengan berpakaian ihram, kami meneruskan perjalanan dengan bas selama 6 jam ke mekah..sebelum itu, kami singgah di bir ali untuk miqat dan berniat umrah..

perjalanan itu bermula dengan linangan air mata..tika satu suara melaungkan "labbaikallah humma labbaik..labbaikalaa syariika la kala bbaik..innal hamda..walni'mata..laka wal mulk..la syarikalak.."
sungguh syahdu ungkapan itu..dah lama aku mengimpikan suasana begitu..makin laju pula air mata ini pabila mendengar alunan talbiah itu dari suara abah..dalam hatiku berdetik..alangkah bahagianya waktu ini aku dapat menghamburkan tangisku pada mama..mama, alangkah bahagianya aku jika kamu bersama-sama kami menjadi tetamu Allah..

sampai di mekah dah tengah malam..bersiap-siap dengan wuduk di hotel dar al-kaaki, kami menuju ke masjidilharam..mataku mula berkaca..bagaikan tidak percaya aku memijakkan kaki disini..dalam hatiku, "ya Allah, aku datang baitullah-MU..aku datang menyahut seruanMU"..tika kaki melangkah melihat kaabah dihadapan mataku, rasa mahu pitam pula..bagaikan tidak menyangka aku dapat melihat kaabah yg menjadi satu2nya kiblat semua umat islam diseluruh dunia..selama ni aku dapat lihat kat tv je, sekarang, live..aku betul2 bersyukur..air mata meluncur laju..

3 jun :
12 malam rasanya kami terus memulakan umrah kami yg pertama..dengan bantuan abah dan nenek yg dah berkali-kali menunaikan umrah, kami memulakan dengan berniat tawaf dan isti'lam di penjuru hajarul aswad..aku berpaut erat tangan abah..bersama-sama dengan abah, kami berzikir, berdoa dan bermunajat padaNYA..kemudian, kami ke bukit safa' untuk memulakan sa'ie..sejauh 3.15 km antara bukit safa' ke bukit marwah dan berulang sebanyak 7 kali..berakhir di bukit marwah dengan bertahallul..jam 3 pagi waktu mekah, kami selesai umrah..alhamdulillah..

usai subuh, kami hanyan rehat2 sahaja..hari itu kami berehat..hanya rehat..dan rehat..tanpa ada aktiviti..

ok lah..nanti sambung lagi..

No comments:

Post a Comment