mutiara kata

Wednesday, June 8, 2011

kenal2 madinah

bismillahirrahmanirrahim..



masjid qiblatain


Terletak ditengah-tengah perkampungan Bani Salamah iaitu disebelah barat daya madinah. Masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain yang bermaksud ‘Masjid dua kiblat.’

Sewaktu Baginda sampai ke Madinah, Baginda diarahkan supaya menghadap kiblat solat ke arah Baitul Maqdis dan ramai penduduk Madinah ketika itu dari kaum Yahudi yang memang berkhiblat kearah Baitul Maqdis. Mereka sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah ini. Sedangkan Rasulullah lebih suka jika kiblat solat ditukar kearah Baitullah.

Baginda sentiasa berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkan berpaling ke Baitullah. Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa memperli Rasulullah dengan berkata….Muhammad menentang ajaran kita tetapi solat mengikut kiblat kita. Akhirnya selepas 16 @ 17 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, barulah baginda mendapat perintah berkiblatkan Kaabah seperti Firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 144.


No comments:

Post a Comment