mutiara kata

Monday, June 6, 2011

jom kita kenal madinah

bismillahirrahmanirrahim..

jom kita kenal tempat2 menarik kat madinah..

masjid nabawi

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang dilain-lain masjid kecuali Masjidil Haram….” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) 


Raudhah Al-Mutahharah

Raudhah adalah satu tempat yang mulia di dalam Masjid Nabawi, selain menjadi tempat Rasulullah dan sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah ia juga merupakan sebuah taman dari taman-taman syurga…kedudukan Raudhah adalah antara rumah Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 22 meter dan lebarnya pula 15 meter, bermula dari mihrab Rasulullah hingga ke akhir rumah tersebut disebelah utara.

Pintu-Pintu Masjid Pada Zaman Rasulullah

Ketika Rasulullah mula membina masjid, solat dilakukan menghadap ke arah utara,iaitu ke arah Masjid Aqsa. Hanya tiga pintu saja dibuka ketika itu, iaitu dibahagian timur, barat dan selatan. Apabila khiblat berubah menghadap Kaabah di Makkah pintu baru dibuka di bahagian utara dan pintu dibahagian selatan ditutup.

Pintu Timur : Ia diberi berbagai-bagai nama termasuk Bab Usman dan Bab Rasulullah (kerana Rasulullah selalu menggunakannya) ia masih ujud sekarang dan dikenali sebagai Bab Jibril.

Pintu Barat : Pada zaman dahulu ia dikenali sebagai Bab Atikah tetapi sekarang dikenali sebagai Bab Rahmah.

Pintu Barat : Pintu ini dikenali sebagai Bab Al-Umar terletak dibahagian timur dinding selatan diantara Mihrab Rasulullah dan Makam. Pintu ini ditutup apabila pertukaran arah kiblat.

Pintu Utara : Pintu ini dibuka oleh Rasulullah di dinding utara sebagai ganti pintu selatan yang ditutup akibat pertukaran khiblat.










No comments:

Post a Comment