mutiara kata

Tuesday, May 24, 2011

kenali warna diri anda

bismillahirrahmanirrahim..

aku dapat menda nih 3 tahun yg lepas..kaedah cvt..nak tahu apa itu cvt? klik sini...
 
ok..jom kita bace..

yg aku penah pakai.tpi kejap je..

CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya. Pemakaian warna-warna kegemaran ini akan menambahpendamkan getaran warna dalaman sama ada berlebihan atau berkurangan yang menimbulkan berbagai simptom atau gangguan tenaga (penyakit) menjadi terlalu tinggi atau rendah. Penyakit adalah tenaga, manakala tenaga adalah cahaya dan cahaya itu adalah warna.

Dengan menjadikan konsep warna dalam kehidupan anda, anda sebenarnya mengenali diri anda dan akan mula mengenali personaliti anda. Perhatikan dengan mata hati dan minda yang terbuka luas tentang warna dalam pengertian penyakit dan banyak lagi. Kenalilah warna diri anda. 

 

Level diri ini secara umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Dengan mengetahui rahsia level diri ini, kita boleh mengenal pasti kekuatan, kelebihan diri serta kelemahan yang dialami atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Melaluinya juga kita dapat mengenali sikap personaliti psikologi positif dan negatif kita dan dapat membantu untuk mengeksploitasi kelebihan pada diri kita dan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami. Sikap personaliti psikologi (positif) adalah sifat semula jadi yang diwarisi pada diri dan perlu dibentuk (elok dieksploitasi). Manakala sikap negatif perlu diusahakan supaya hilang dari diri. Ini perlu kerana sikap negatif ini adalah menjadi punca bermulanya penyakit pada diri. Penyakit sebenarnya bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi penyakit minor sebelum menjadi major (kronik). Apabila ini berlaku akan memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.

nak tau lebih lanjut, ikuti sambungannya kemudian..

No comments:

Post a Comment