mutiara kata

Sunday, May 22, 2011

cardiac arrhythmia

bismillahirrahmanirrahim..

jom kita belajar kenali apa itu penyakit arrhythmia..ni lah antara penyebab aunty aku meninggal 2 malam yg lepas..yg selebihnya, sebab Allah lebih sayangkan dia..kan..

aku ada belajar penyakit ni masa part 3..alaaa..student farmasi..belajar tak detail macam doktor pasal penyakit tu..tapi yg detail pasal ubat2 nye la..

mari kita crita sikit pasal arrhythmia..cardiac = jantung...arrhythmia tu ketakstabilan ritma..so, bila padankan cardiac arrhythmia = ketakstabilan ritma jantung..lagi mudah, jantung tak normal..
penyakit ini biasanya berlaku apabila sinus node kat jantung tak dapat menghasil degupan yg normal, ritma jantung yg tak normal, atau, kawasan lain kat atria mengambil alih fungsi sinus node..
jantung biasanya berdegup 50-100 bpm (beats per minute)..arrhythmia ni ada 3 jenis iaitu cepat (tachyarrhythmia), lambat (bradyarrhythmia), dan tak tetap (arryhthmias)

seperti yg kalian tahu, jantung kita ada 4 bilik, bahagian atas dinamakan atria dan bawahnya dinamakan ventricles..bahagian atria dan ventricle kiri bawak darah beroksigen, dan bahagian kanan bawak darah tak da oksigen..atria kiri dan kanan sama melakukan pengembangan dan pengecutan..sama juga dgn ventricles..mereka bekerjasama tau!!



macam mana jantung berdegup?? ia bermula kat sinus node..satu spot kat bahagian atria kanan..then ia travel ke arterio-ventricular node iaitu antara arteri dgn ventrikel kanan..then current tu bergerak ke seluruh ventricles untuk mengecutkan ventricles supaya darah dpt dipamkan..

back to the disease again..so, sinus node dan AV nodes tu la yg memainkan peranan dlm ritma jantung..dan kerosakan atau tak normal kat kawasan tuh akan menyebabkan penyakit nih..




kes ni akan menjadi lebih teruk bila ventricles jantung kita tak beat effectively..dan akan menyebabkan 'ventricular fibrillation' ataupun dalam melayunya.....errr..aku pun tak tau nak translate camaner..bila keadaan ni berlaku, jantung memang tak berfungsi dgn baik dan menyebabkan quickly dies..errr..mungkin ini kot yg berlaku pada aunty aku..

ubat apa yg patut?? em..banyak..tak payah la nak terangkan kat sini..nak sangat tahu, boleh je email, atau komen kat entry nih..tak kesah pun..insyaAllah yg mana boleh jawab, aku jawab je..

kepada sesiapa yg ada simptom seperti palpitation, throbbing, pounding, thumping, fluttering and apa2 yg rasa tak selesa dgn jantung anda, pakat2 la kita jumpa doktor..kita memangla tak mintak penyakit tu..tapi tak salah nak check je..mencegah kan lebih baik dari mengubati..oke..sama2 renungkan..~~

3 comments:

  1. boleh bg ubat metoprolol, atenolol, dan lol2 yg sama waktu dgnnya..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe..bakal pharmacist berjaya..amiinn

    ReplyDelete
  3. awak..mcm mne dgn sinus arithmea? same ke?
    bhaya ke?

    ReplyDelete