mutiara kata

Friday, May 20, 2011

alfatihah

bismillahirrahmanirrahim

dari semalam aku meyusun kata-kata disini..dengan air mata, aku kaku untuk meneruskan kata-kata..ya, aku sedang berduka..sedih dengan pemergian seorang lagi insan yg aku sayangi..

kisah semalam..
malam itu aku tak dapat lelapkan mata..kepala sangat2 sakit..namun mata tetap tak mahu pejam..so, aku luangkan masa untuk membaca ayat2 dan zikir sebagai persiapan ke sana..akhirnya, subuh baru aku boleh tidur..

10.24 pagi..aku terjaga..terkejut dengan mesej sepupuku, kak mi.. "ain, mek berah doh" entah nape aku betul2 terkejut..sedangkan alarm yg sepatutnya bunyi jam 9 pagi pun aku tak dengar..cepat2 aku dapatkan kakak di bilik tidurnya..memang aku betul2 rasa tak sedap hati..

10.30 pagi..masa tu aku telefon abah..bgtahu keadaan aunty aku..then aku dapat mesej voice mail dari kak mi..cepat2 kakak telefon kak mi..

innalillahiwainnailaihiraaji'un..
akhirnya dia kembali ke rahmatullah..

kisah 3 hari yg lepas...
hari sebelumnya aku dah dapatkan tiket bas ke kl..tak sabar nak jumpa mya dan hannah..dah lebih 2 bulan aku tak jumpa diorang..hajat aku nak lepaskan rindu..so, aku sanggup bersiap2 untuk ke sana..

tiket aku malamnya..tengahari tu aku sempat menjenguk 'mek' kat kedainya..sambil salam dengannya..aku nampak mek sihat je..sehari sebelum tu pun aku sempat sembang2 dengan mek dan anak2nya..mek cakap 2 hari lepas mek tak leh nak bangun..lepas tidur kat tilam yg kakak belikan untuk mama, barulah mek boleh bangun lagi..sian, mek..
.................................................................................................

tak sangka kan..

mek..satu-satunya kakak arwah mama..mama ada seorang kakak n seorang abang..sama macam aku..mama bongsu..namun, mama yg pergi dulu..sekarang kakaknya pula..

mek..memang sama mcm mama..sakitnya juga..sebelum ni, mek ada diabetes and hypertension stage 2..aku pernah buat assignment case study pasal mek..arwah di diagnosed cardiac arrythmic di akhir hayatnya..sepatutnya semalam, doktor dah bersiap nak masukkan battery kat jantung mek..tapi tak sempat..mek makin lemah dan tak dapat nak menguatkan jantungnya lagi..
mek..wajahnya iras arwah mama..kulitnya yang putih, raut wajahnya dan sopan santunnya..setiap kali aku rindu wajah mama, rindu suara mama, aku mesti teringat mek di kampung..

semalam, 19 mei 2011..perginya arwah dalam kenangan..waktu aku membuka kain penutup mukanya, aku hanya mampu menahan sebak dan cuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata pada jenazah..waktu jenazah dimandikan, aku hanya mampu menahan linangan air mata menatap wajahnya..tak lepas wajahnya dari mataku..waktu kucupan terakhir aku hadiahkan untuk jenazah, hati ku berkata, "mek, sampaikan salam rindu dan peluk cium adik pada mama ye"..

moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..AL-FATIHAH..

No comments:

Post a Comment