mutiara kata

Sunday, March 27, 2011

rindu sangat2

assalamualaikum..

terasa ingin menulis..kat sini je lah luahan hati ku..nak share ngan kawan, rasa terlalu menyusahkan pulak..

dear diary,
malam ni aku beremosi lagi..mungkin kerana aku kesunyian bersendirian dalam kamarku..malam ini aku melayan segala perasaan ku..entah kenapa emosi tika ini hanya penuh dengan deraian air mata..

aku sedang berduka..menahan rindu pada keluarga..

abah..aku rindu kau..ingin saja aku pulang memelukmu..mengatakan aku betul2 rindu padamu..tapi kehadiran dia sebelah kau membuatku patah hati untuk balik..tapi, percaya lah, abah..hati ini begitu berat menanggung rindu padamu..hanya kau yang ku ingin ketemu..bukan dia..hanya kau, abah..

nyawaku..hari ini aku tatap gambarmu..umi mu baru saja hantarkan gambar itu pada aku..entah kenapa aku ketawa dalam tangis..ye, aku tergelak..tapi air mata ku jua merembes keluar..kerana aku betul2 rindu pada nyawa2ku..segala kenangan usia kau baby ditayang dalam mindaku..jaga kau masa kau baby, bersama mama..betul2 menusuk hatiku..kini kau sudah pandai berkata-kata..buatkan aku gelak ketawa..tapi masa yg sama, hatiku menahan sebak menanggung rindu pada mu..mya dan hannah..

mama..setahun kau pergi, bagaikan sesaat kau tinggalkan ku..rindu padamu tak pernah pudar di hati ni..alhamdulillah, Allah masih beri ku kekuatan untuk menanggung rindu..walaupun air mata ini selalu jatuh merinduimu..walaupun hati ini sakit menahan rindu padamu..aku rindu saat kita bersama-sama menjaga cucu2mu..dengan telatah mereka..kau yg letih masih boleh senyum menguatkan diri demi nyawa2 kita..aku teringat kenangan kita bergiliran sepanjang malam hanya untuk mereka..ouhhh..sungguh..kasihmu sangat hebat, mama..kalaulah kamu ada, mama..lihatlah mereka sudah besar..semakin nakal..dan dah pandai panggil 'tok ma'..moga kau tersenyum di sana, mama..
ingin saja aku pulang..kerana rindu..ingin aku ke pusaramu..namun, dia yg membuatku hatiku jauh dari kamu..aku mahu pulang..tapi untuk menjengukmu dan abah..dan keluarga kita..tapi aku pulang bukan untuk dia..aku pulang bukan untuk melihat dia..kalaulah dia tiada di pandangan ku..mama, aku rindu..

abang..kakak..bilakah kita akan berkumpul bersama? bulan 3 dah mula nak melabuh tirai..tapi rasanya dah 3 bulan kita tak bersama sekeluarga..bergelak ketawa..ditambah dengan keletah lucu nyawa2 kita..hey, aku rindu mendengar suara kalian..aku rindu melihat senyuman abah..aku betul2 rindu..

basah sudah keyboard aku..bagaikan paip yang mengeluarkan aliran air yg kuat, begitu juga air mata ku pada tika ini..aku homesick..bukan jugak..aku rindu keluarga..dan pusara mama..

No comments:

Post a Comment