mutiara kata

Friday, February 25, 2011

tahlil untuk arwah

assalamualaikum..

tiap air mata yang menitis, hatiku hanya sebak menahan rindu pada mama..ye, aku terlalu merindui mama..tapi rinduku terubat saat berzikir dan bertahmid padaNYA..

semalam, 24 februari, alhamdulillah..aku hadiahkan tahlil buat ibuku..bertempat di pusat islam, aku mengajak kawan2 farmasi, dan jemaah untuk sama2 baca yaasin dan tahlil untuk mama..

sebenarnya hal nih dah seminggu aku rancang..semua atas pertolongan munirah..thanks, sahabat kerana tolong..

alhamdulillah, dengan sendikit juadah dan yaasin sebagai cenderahati untuk yang datang..duit tu dari aku dan adik beradik..bukan apa..ini semua kami niatkan untuk sedekahkan pada mama..

saat yaasin berkumandang dari para jemaah, hatiku mula terusik..sebak tiada tertanggung..ya Allah..saat silam datang lagi..saat aku melihat jasad mama yang kaku diiiringi dengan air mata dan bacaan yaasin oleh mereka yang menziarah..ye..kisah itu betul2 hadir di minda ku..

saat tahlil dan zikir dialunkan, air mata yang ku tahan akhirnya menitis jua..setahun lamanya hatiku berperang dengan emosi sendiri..hati ini amat rindukan seorang bernama ibu..mama, tahukah mama betapa seksanya hatiku merinduimu?? tahukah mama betapa hidupku kosong tanpamu?? mama..aku terlalu lemah tanpa mu..

terima kasih buat kawan2 yang hadir, dan jemaah yang turut mengaminkan doa buat mama..moga doa kalian termakbul jua..terima kasih kepada wawa, zafirah, mira, k.qila, sikin, n hidayah yang sudi tolong aku menyiapkan barang2 untuk tahlil..terima kasih juga buat kak as, maheran dan kawan2 yang tinggal di luar kampus yang sudi datang tahlil semalam..aku betul2 terharu dengan kehadiran semua..terima kasih banyak2..

mama..ini hadiah kami buatmu, mama..moga mama bahagia di sana..

1 comment:

  1. mai.. sowy xpat dtg...
    mama mai mst bhgia kat sana...
    sbub dpt anak2 seperti adik2 mai..
    kuat k syg...
    die mgkin xde kat cc mai..
    tpy jgn biakan semangat n kenangan dye ilang...
    alfatihah buat mama mai..

    ReplyDelete