mutiara kata

Wednesday, November 3, 2010

sakitnya hanya tuhan yang tahu

assalamualaikum..

dah agak lama aku tinggalkan kerja menconteng kat sini..hari ni rasa gatal pulak hati nih nak conteng2 lagi..

alhamdulillah..dah lepas 4 papers..tinggal lagi 3..tak sabar nak habiskan azab2 nih..huhuhu..

bukan ini aku nak story mory

hari ini, aku makin pulih..setelah 2 hari demam yang agak teruk..petang semalam exam ctu (agama)..pagi2 lagi aku rasa pening kepala..rasa macam melayang-layang je..dah 2 kali aku muntah..study entah ke mana..memang tak leh fokus sejak kelmarin lagi..

sebelum ke kampus, aku tidur sekejap..harap2 bangun tidur nanti, kepala aku dah tak pusing..tapi semua kerja Allah..nak mandi pun slow2 takut terjatuh kat bilik air..usai mandi..tika itu dah pukul 1..exam kul 2.15..

"... .....(nama si dia)..nanti kamu drive, bleh? "
alangkah robeknya hati aku tika itu..jawapannya sungguh mendukacitakan..takkah dia tahu aku sedang sakit?? sampainya hati..masuk aku ke dalam bilik dengan deraian air mata..sedihnya hati..

aku cuba memujuk hati..aku mesej 
'...(nama si dia)..tlglah drive..mai pening nih..takkan nak mai drive jugak..kang jadik pe2 pulak..'

bertambah sedih hati aku bila jawapan dia..
'boleh tlg paham tak? .... tak bawak lesen..ko nak .... kena saman ke?'

Allah..apalah sangat saman tu dengan kawan..agaknya, kalau aku mati pun dia tak kisah..

kepada kamu..maaflah..hati saya sudah tawar untuk kamu..

apa saja yang aku tak buat untuk dia..henfon hilang aku pinjamkan..henfon aku rosak sebab dia, tak de pun nak mintak maaf..tak pe la..aku ganti case yang baru..dia sakit..aku jaga sepanjang malam..bawak ke hospital..

erm.. apalah sangat yang aku buat kat dia kan..

tapi apa yang dia buat untuk aku? diajaknya keluar bersama-sama, dibalas dengan hempas pintu depan muka aku..aku sakit, tak penah dia nak menjenguk..yang nih..nak mintak tolong drive sebab aku pening pun tak boleh..boleh juga aku terima kalau dia jawap dengan hikmah..tapi dengan nadanya..sampaikan mereka yang bersama kami tika itu pun tercengang..

apalah sangat semuanya tuh..lagi pula aku bukanlah siapa2..siapalah aku untuk mendapat kata2 maaf dari mulutnya..siapalah aku untuk mendengar kata2 pujukan darinya..siapalah aku untuk kamu..
maaflah, kawan..hatiku betul2 terguris dengan sikap kamu..kalau lesen kamu tu boleh bayar dengan nyawa, boleh aku terima..aku doakan agar Allah menyedarkan kamu..

hargailah sebuah persahabatan, sayang..doa mereka diperlukan untuk kita di akhirat sana..

No comments:

Post a Comment