mutiara kata

Friday, September 10, 2010

peluklah aku..tenangkanlah aku..

kali ini aku tak dapat lelapkan mata..entah kenapa..dari pagi hati aku menangis..tangisan pilu ini, hanya terkadang merembeskan manik2 jernih ketika aku sendirian..ohh..ye..aku lebih banyak bersendirian..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua..pasti semua sedang bergembira..ye la..hari raya lah kita bermesra-mesra bersama keluarga yang dah lama tak jumpa..bermaaf-maafan dipagi raya dengan ibu bapa dan adik-beradik..menjamu selera bersama keluarga sebelum ke masjid..berjalan bersama-sama menuju ke masjid dengan berpakaian baru..keceriaan anak2 kecil mendapat duit raya..keriuhan sanak saudara memeriahkan suasana..rindunya aku..sungguh rindu akan kebahagiaan itu..

namun aku.............................................................................................

pagi2 lagi aku dah lambat bangun..dah terlepas untuk mendengar alunan takbir raya oleh babah..ye..dari dulu lagi babah memang selalu mengalunkan takbir raya di surau kawasan rumahku..bangun je, aku menangis..suasana sepi..tiada takbir raya..tiada kedengaran keriuhan di dapur..hatiku terdetik..inikah raya??

mama..masihku ingat..sebulan sebelum raya..kamu sudah sibuk membeli persiapan raya..sebagaimana kamu sibuk menyambut ramadhan, tak lupa juga kamu persiapan awal raya..dan malam raya..aku memasukkan kuih-muih dan biskut raya dalam balang..kakak pula pasang langsir..abang dan babah sibuk mengemas..mama dan kakak ipar sibuk memasak disapur..banyak yang mama masak..seminggu belum raya lagi mama dah fikir juadah raya..hari pertama raya, menu nasi..macam2 nasi mama boleh buat..nasi minyak, nasi beriani, nasi arab..yhari raya kedua pula lain juadahnya..tak lupa open house..yang pasti, setiap tahun, menu nya berbeza..mama jarang tempah..selalu mama suka masak sendiri..kata mama "buat apa bazir duit kalau kita pandai masak..kita bukan orang kaya"

pagi raya..dalam tidur aku pun boleh dengar suara mama..riuh kejutkan anak2..
"bangun2!! pergi mandi sunat raya!! babah dah nak pegi takbir raya dah tuh..cepat!!"
hahahha..itulah anak2 mama..especially aku dan kakak..dah besar pun kena kejut bangun lagi..tapi kat rumah je..kat luar, boleh je bangun sendiri..setiap tahun, aku dapat mendengar takbir raya dari babah..bangga aku..
sambung lagi..hari itu..mama lah paling sibuk..menyiapkan juadah raya..kadang2 mama bangun seawal 4 pagi..bersolat tasbih dan kemudian siapkan persiapan raya..pagi itu juga kami sama2 ke surau..aku selalu menempek kat tepi mama time dalam surau..boleh manja2..hehehe..usai solat, kami pulang..semua sibuk bermaaf-maafan..peluk cium mama dan babah..itu jadi perkara rutin tak kira raya atau tak..

kemudian, uncle2 dan keluarga belah babah selalu berkumpul di rumahku..seronok kitorang bermaafan dan bergelak ketawa..macam2 la cerita menarik..tak lupa kami menyambut rombongan jemaah surau..biasanya usai solat sunat raya, jemaah surau akan beraya ke setiap rumah kawasan ni..

kemudian kami ke rumah nenek..rumah nenek lagi meriah..dengan kedatangan sanak-saudara belah babah..memang lagi happening la..kelakar...
seronoknya..bahagianya..

tapi hari ini....

semalam aku menolong umi menyiapkan roti jala dan kuzi..hidangan hari ini nasi tomato yang ditempah oleh babah..dan roti jala kuzi..suasana tak macam dulu..hambar sangat..jemaah surau pun tak semua yang datang..budak2 kecik pun tak ramai yang bertandang mintak duit raya..sunyi..

setelah bermaaf-maafan dengan babah dan umi, aku ikut abang n kak ja ke rumah nenek..ayah cik dan keluarga pun ada..tapi ayah ngah, pok su me dan keluarga semua takder..sunyi nye hati nih..rumah nenek pun dah jarang orang bertandang..

kak ja dan abang n hannah balik kampung sana..kakak, abg iwan dan mya pulak beraya kat perak..maybe mereka pun dah tak seronok kat sini..aku ikut ayah cik dan keluarga menziarah saudara mara belah babah..aku sedih..tiap rumah yang aku pergi mesti tanya, "mana babah ngan umi??" gugup..terdiam..aku tak tau nak cakap apa..aku sendirian..dalam hati, 'tak pe la..aku datang mewakili mama..'tak lupa ada yang cakap, "laaa..ingat anak tie (aunty aku) jugak nih" ..hatiku sebak..aku bagaikan menumpang kasih je..sabarlah hati..

solat jumaat dah dekat..aku kemudian pulang ke rumah..jujur ku katakan..hari ini aku betul2 tader mood..hatiku cepat sangat tersentuh..petang tadi aku hanya menghabiskan masaku kat dalam bilik..tidur, nangis, kemudian online, kemudian tidur dan nangis lagi..ok..aku tau aku cengeng..perasaan aku hari ni aku layan je..

sehingga waktu ini, aku masih menangis..

mama..selamat hari raya, mama..adik nak mintak ampun dan maaf kerana selama nih adik banyak sangat buat salah ngan mama..adik rindukan masakan mama..adik  rindu untuk bersalaman dan cium mama..adik rindu untuk bergambar dengan mama..adik rindu untuk mengusik mama..adik rindu nak jalan sama2 ngan mama, ke rumah saudara-mara..tadi adik sendirian..kalau dulu kita sekeluarga jalan sama2, k rumah saudara mara, share minuman dan makanan sebab semua dah kenyang..

mama..tadi cik ckp.."bila tengok ain share air dengan kak yong (cousin aku), teringat kat mama..korang selalu share air sebab mama tak leh minum air banyak" hahahahaha..aku gelak aje..nak hilangkan rasa sebak di dada..

mama..adik sunyi, mama..kalau dulu, petang2 lepas rehat kejap, kita sambung beraya lagi..balik bunut susu (kampung belah mama)..raya pulak kat sana..seronok..tapi sekarang..adik sendirian, mama..adik tak tahu nak pergi mana..kawan adik nak datang pun adik bagi alasan macam2..adik bukan apa, mama..adik tak nak diorang tengok mata adik bengkak2..adik tak nak tipu kawan adik..adik tahu..kalau mama ada, mesti mama marah kan?? adik sedar adik seorang kawan yang teruk..

mama..adik dah tak sanggup nak tulis dah..hari raya kali ini sangat lain..sangat suram..sangat sedih..mama..kalaulah mama dapat faham apa yang adik rasa..mama..adik amat merindukanmu..

mama..esok kakak balik..adik, abang, kak ja, kakak, mya dan hannah akan sama2 pergi menziarah pusaramu, mama..bersama babah..

selamat hari raya, mama

p/s : raya yang paling tak best..raya tanpa mama

No comments:

Post a Comment