mutiara kata

Saturday, August 28, 2010

rumah warga emas sg. tengah


assalamualaikum..

tak semua kehidupan disulami dengan gelak tawa..tak semua kehidupan dibelenggu duka sepanjang masa..

begitulah kehidupan kita..tapi percayalah..setiap manusia diduga berbagai-bagai cara..namun semuanya mengikut kemampuan kita..Allah itu Maha Adil..itu yang pasti..

petang semalam, aku dan beberapa orang ahli badan pertolongan cemas uitmpp telah berkunjung ke rumah warga emas sg.tengah, serdang, kedah..sampai je aku di situ..entah kenapa hatiku mula sayu..pilu..mengenangkan mereka sendirian tanpa keluarga mahupun waris..di dalam bus, aku mula menangis..hatiku berdetik..ada jua hikmah ibuku pergi dahulu..mungkin Allah tak mahu ibuku sedih jika aku berkelakuan menderhaka terhadap ibuku..itu hanya kata hati..

kawasan itu menempatkan 12 buah rumah kecil berdekatan dan tingalnya seorang nenek tua di setiap rumah..tibanya kami di sana, bermula dengan taklimat ringkas dan disusuli dengan solat asar..kemudian kami dibahagikan..sisawa diminta membersihkan kawasan perkuburan serta bersama-sama mendoakan sekalian arwah yang telah lama disemadikan..siswi pula dibahagikan untuk menziarah nenek2 tua disetiap rumah..

kisah ku bermula di rumah no. 1..
nama penghuninya, tok som..pertama kali ku jejakkan kaki ku ke dalam rumah, mencium serta menyalaminya, kasih sayangku tertumpah disana..kulihat, tok som sudah terlalu uzur..tak bermaya walaupun untuk berjalan..umurnya dah mencecah 90 tahun..sejarah hidupnya tanpa anak dan kehilangan suami seusia yang masih muda..ketika di tanya dengan bermacam-macam soalan, hatiku sebak..tertanya-tanya..mana ahli warisnya?? tiadakah adik2nya yang mampu untuk menjaganya?? 
"tok som ada sakit apa2 ke?" pertanyaan kawanku itu disambut dengan hanya menggeleng..
"tiada apa2" kata2 itu membuatkan aku makin sayu..raut wajahnya yang sangat tak bermaya jelas kelihatan bahawa dia sedanga sakit..aku teringatkan ibuku..perangainya iras mama..ditahan jua sakit walaupun hanya Allah saja yang tahu..tok som sangat2 kuat..moga tok som dipanjangkan usia dan kesihatannya..



sambung berkongsi sejarah kehidupan dengan nenek di rumah no.2...
namanya tok saerah..masih kuat lagaknya..ceria menerima kunjungan kami..alhamdulillah..kisahnya lebih tragis..terpisah dengan suaminya setelah terpaksa bercerai akibat masalah keluarga..mempunyai 3 orang anak..bila ditanya mengapa tidak tinggal saja dirumah anak2, tok saerah menjawab, "anak2 tok tak mampu nak jaga tok..depa pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"..
hatiku pilu..sanggup seorang ibu berkata begitu..ibu seorang sanggup menjaga ramai anak..tetapi tak semua anak boleh menjaga seorang ibu..tok saerah, moga tok sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan senyuman kekal berpanjangan..


kisah ku terhenti disini..kerana waktu tidak mengizinkan..ya..waktu itu maghrib sudah menghampiri..kami diminta untuk ke dewan untuk beberapa program seterusnya..


penyampaian sumbangan ikhlas dari wrga uitm disampaikan oleh dr.meor..

kemudian berbuka puasa bersama-sama mereka..


lihat raut wajah mereka..
senyuman mekar menyirami hati mereka..
tatkala kami bertandang..
tatkala kami disambut..
bagaikan anak dan cucu sendiri..
mesra mereka..
tawa mereka..
menghiburkan kami..
senyuman kami..
ramah kami..
mengubat luka mereka..

lihatlah..
ibu yang sendirian..
setelah sekian lama membesarkan anak
setelah berpeluh keringat mnedidik anak..
setelah berpenat lelah memberikan wang untuk anak2
akhirnya..
ditinggalkan sendirian di sini..
tanpa siapa2..
yang hanya berteman dengan kawan2..
yang turut merasa dukanya..

lihatlah..
sanggupkah kita membiarkan ibu kita bergini??
sedarkah kita..
pernahkah ibu membuang kita sewaktu kecil??
pernahkan ibu menghalau sewaktu kita sudah meningkat dewasa??
tapi..
sanggup anak2 membiarkan ibu2..
sendirian tanpa belaian manja kasih anak..
sanggup anak2 meningalkan ibu2..
sendirian menguruskan di dengan kudrat yang bergitu lemah..

lihatlah..
aku telah kehilangan ibu..
aku tak sanggup lihat mereka begini..
aku tak sanggup...

No comments:

Post a Comment