mutiara kata

Tuesday, August 31, 2010

entry khas : NAI

assalamualaikum wbt..

salam merdeka..hari ini genaplah 53 tahun negara kita merdeka..semalaman aku dengar dentuman mercun meraikan hari kemerdekaan..aku?? lebih senang bersujud syukur dan tidur dengan lenanya selepas 48 jam aku tanpa tidur..hahaha..
ohh..bukan ini yang aku mahu cerita..

entry ini khas buat seorang hamba Allah..

seorang yang periang sebenarnya..tapi bila dalam kelas, terus jadi perempuan melayu terakhir..berkaca mata, dan sentiasa dengan loyar buruknya..itulah nurul 'aqilah binti ismail..sila pronouns betul2..'A-QI-LAH..hahah

kami kenal sejak semester pertama..aku masih ingat, mula2 aku juz panggilnya dengan gelaran 'aqilah'..tapi ada satu hari, aku nampak ic dia..ooooooo..dah nenek rupenya..hahahaha..gelaran 'kak qilah' kekal sentiasa dibibir..

rapat..ye, kami memang rapat..sering bergaduh..kejap gaduh, kejap baik..eh, baiknya lama, gaduhnya sekejap je..

semasa semester 1, walaupun kami berlainan wings, tapi kami selalu bersama..ke kelas bersama, makan bersama..sumenya la sama2..aku masih ingat..ketika itu heboh dnegan wabak H1N1..ohh..ada entrynya di sini..eh..aku mals plak mau selongkar kisah2 lama..ok la..aku cerita balik..ringkasnya, ketika wabak tu, risau aku bukan kepalang bila dengar kak qilah sama2 ke hospital gara2 demamnya disyaki terkena jangkitan H1N1..alhamdulilah, akak kesayangan ku masih sihat lagi..hihihi..

peperiksaan akhir semseter pertama, kami makin rapat..aku sering ke biliknya..nak tahu kenapa?? sebab dia sangat2lah rajin..makan dengan buku, tidur berbantalkan buku, sembang pun sambil pegang buku..ehh..lecture notes..so, untuk mendapatkan aura ke-rajin-an, aku pun terpaksalah merajinkan diriku yang sangat2lah malas nih bertandang ke biliknya..kami belajar bersama-sama..kadang2 tidur pun sama2..hahaha

kenangan semester pertama??  pernah dengar tak, "kita lebih menghargai mereka yang jauh dengan kita walhal yang lebih dekat, kita tak nampak kelebihannya" itulah aku..mungkin terlalu rapat sehinggakan semua kenangan itu hanya berlalu dengan segala kebahagiaan..


semester 2, kami di tempatkan di bilik yang sama..makin galak la kami bergaduh..sampaikan roomate ku seorang lagi pening dengan perangai kami..masih inagt kata2 ieka "korang nih kalau sehari tak gado tak boleh ye?? tapi gaduh2 pun masih boleh tidur sekatil..macam2 la korang nih" hahahaha..itulah uniknya kami..gaduh paling lama satu hari je kot..kan, kak??? kitorang budak baik..tak de nya nak gaduh lama2..kan berdosa gaduh lebih 3 hari..hehehehe...

kali ini, banyak betul dugaan menimpa diriku..alhamdulillah, adanya dia di sisi mengubat hatiku yang pilu..aku masih ingat hari pemergian ibuku..oohhh..bialah ku simpan saja kisah nih..tak mau merosakkan mood aku hari nih..

kenangan?? kenangan itulah pengalaman..kenangan itulah kehidupan..tak kira manis mahupun pahit atgau masam sekalipun, itulah kenangan...



semster ini, aku dan dia masih bersama..satu rumah..gaduh masih ada..bak kata ustaz adlan, api dengan api tak boleh..nanti makin besar apinya..hahaha..mungkin sebab tu lah kitaorang selalu gaduh..aku api dan dia juga api..

em..tak kisah la..api kami hanya kejap je..cepat je sejuknya..yang penting, itulah kami..gaduh itu tanda tak matang erti kawan..ye..kalau tak gaduh, bosan pulak..hihihi..

tapi yang paling penting, aku sayang dia..sayang seorang kawan dan lebih dari kawan..sila jangan otak kuning..sayang seorang adik untuk kakak..sebab dia kan lagi tua dari aku..hehehe..

entry nih aku karang special untuk Nurul 'Aqilah Ismail yang sekarang sedang demam..pesanan untuk kamu...

saya sayang kamu..
sila cepat2 sembuh..
saya tak sampai hati tengok kamu macam nih..
saya bebel tanda sayang!! take note!!!

No comments:

Post a Comment