mutiara kata

Friday, June 11, 2010

rancangan tv

assalamualaikum..

moga hari2 kalian bagaikan pelangi setelah hujan..bagaikan mentari terbit menyinari suria..

kali ini aku nak bercerita pasal tv..ouhh..tv ngan aku memang tak boleh berpisah..for this semester break..bangun je pagi2 apa perkara pertama aku buat?? ohh..bukak tv..then baru lah aku pi cuci muka and gosok sisi..

bukan apa..aku rasa sunyi sangat kalau tak bukak tv..dahla sepanjang pagi hingga ke petang aku duk sensorang kat rumah..sunyi sangat..bukak je tv..tapi mata ngadap lappy..tv tolong jadi tukang bising je..

ohh..bukan nih aku nak cerita..

apa ye rancangan yang menarik kat tv sekarang?? hurm..aku tengok jugakla..tapi ikut mood..yang pasti aku wajib tengok CSI and ER..channel axn jam 4-6 ptg..tu pun kekadang terlelap jugak..huhuhu..kesimpulannya..aku tak der la layan sangat program2 kat tv..tapi aku setiasa di depan tv..tak tengok bukan maknanya aku tak dengar..

sekarang bukan main banyak lagi program reality show..program yg dah tak asing lg..mentor, akademi fantasia yang baru melabuhkan tirai *yeay!! shahir menang!*, dan skarang imam muda pulak..hohoho..aku suka tengok imam muda..bersih dan suci je muka dia..alangkah nikmatnya dapat suami macam depa..

hurm..aku bukan nak fokus kat imam muda..program tu masih awal lagi kat tv..terfikir jugak aku rating program ni compare dgn akademi fantasia..lg tinggi ke..lg rendah ke..

program realiti hiburan terlalu banyak sangat zaman sekarang..bersepah..so, wujudlah lebihan artis2 mahupun selebriti kat industri seni tanah air..pada aku..artis zaman sekarang bukan diukur kualitinya..tapi kuantitinya yang melampau banyak..sehinggakan artis2 baru yang baru menapak beberapa tahun lepas sudah tak nampak bakatnya di tv lg..tak paham?? ok..contohnya..vince, khai dan rakan2 keluaran akademi fantasia musim pertama..sekarang, mana mereka di tv?? jarang aku lihat..habis je satu musim, bermakna habislah populariti mereka? apakah itu dipanggil kualiti??

erm..dulu aku suka sangat tengok akademi fantasia..setiap hujung minggu, waktu konsert penyingkiran, bertapak lah aku dgn keluarga ke rumah nenek..kerana time tuh rumah aku masih tak de astro..rumah nenek aku je ada..*advance btol nenek aku*..bertahan lah jugak sehingga af musim ke tiga..then, aku dah mula bosan..setiap tahun program tuh semakin membosankan..

mungkin hanya aku yang bosan..tapi mungkin juga ramai penonton yang sama pendapatnya dgn aku?? mungkin..segalanya mungkin..apa kata..nak mengelakkan publisiti af menurun, kurangkan musim af..maksudku buat 2 tahun sekali ke..tak de la ramai sangat artis kat industri seni sekarang..kadang2 yang lama susah nak cari makan..apatah lagi yang baru..so, fikir2kan lah..



rancangan hiburan terlalu banyak..sehinggakan majlis pertandingan hafazan peringkat kebangsaan kali ini tidak ramai yang tahu..tahu kah kamu?? atau kamu baru tahu?? aku akui..baru beberapa minggu ni aku tengok pertandingan tuh..ye la..tak perasan kerana banyak sangat rancangan hiburan..

tenang je aku rasa bila tengok pertandingan tu..rasa rendah diri sangat2..ye la..mereka hanya silap beberapa patah perkataan..tapi aku..hafal pun tak..kagum aku dengan kelancaran bacaan mereka..harap2 aku punya waktu untuk menghafaz alquran seperti mereka..harap2..

p/s : kenapa begitu mudah kita menghafal bait2 lagu berbanding ayat2 alquran yang suci itu?
       kenapa program agama hanya mengambil masa selama setengah jam berbanding
       konsert2 hiburan yang boleh mengambil masa selama lebih kurang 2 jam???

fikir2kan lah dimana kita..kita dibumi Allah..di bawah kuasa Allah..bukan dibawah kuasa hiburan..
renungan buat diriku jua..

No comments:

Post a Comment