mutiara kata

Wednesday, June 9, 2010

happy birthday {version 2 in 1}

assalamualaikum..

9 jun..
sangat2 aku tak boleh lupakan..saat aku memberikan ruang hatiku untuk seseorang..yang aku tak pernah lupa walaupun kami tak pernah bersua muka mahupun berhubung lama..seseorang yang aku impikan untuk menjadi sepertinya..yang tidak mudah rebah tersungkur walaupun diduga oleh Allah..yang sentiasa memberikan kata2 azimat untukku..yang sentiasa menghadirkan suara yang ceria menyembunyikan hatinya..yang sentiasa meniti dibibirku tatkala aku menitis air mata..

buat kak sri..buat kak juliyaneesa..terima kasih kerana pernah menyedarkan aku erti kehidupan yang hakiki..terima kasih jua kerana membenarkan hatiku menyayangi kamu..semoga hari2 mu sentiasa diiringi pelangi yang indah dan mutiara yang berkilauan..



9 jun..
genaplah setahun blog ini..walaupun kamu blog kedua ku..kamu tetap nombor satu untukku..

banyak menceritakan segala kisah suka duka aku..sepanjang bergelar seorang manusia di muka bumi ini..banyak menemani aku tika aku tersungkur lemah mahupun bangkit berdiri..menjadi saksiku tentang aku adalah aku..


terima kasih buat blog ni..kerana sentiasa menjadi teman suka duka ku..

No comments:

Post a Comment