mutiara kata

Wednesday, June 2, 2010

aku perlu bangkit

assalamualaikum..

kali ini biarlah aku hanya ingin berpuisi..


rebah aku sendiri..
kelenjar mataku merembes lagi..
mengalir laju manik2 jernih..
menyembah bumi tanpa kusedari..
melutut aku di satu persimpangan..
membawa segunung beban yg tertahan..
sebaknya hatiku bukan kepalang..
mengenangkan nasibku di hari kemudian..

andai aku lemah..
hatiku makin resah..
lukaku bernanah..
masa depanku akan punah..

hidupku harus diteruskan..
walau apapun yg mendatang..
masih belum berakhir segala ujian..
selagi nyawa belum diambil Tuhan..

aku ingin bangkit kembali..
dengan bantuan semangat diri..
moga Allah merestui..

perubahanku mendatang ini..
aku ingin pulih kembali..
dengan senyuman seikhlas hati..
usaha dan doa untuk diri..
agar berjaya sentiasa disisi..

No comments:

Post a Comment