mutiara kata

Thursday, April 15, 2010

terima kasih, mama

assalamualaikum..

hari ini hatiku begitu tersentuh..ingin saja aku pulang ke kampung..ingin saja aku berlari-lari anak..menuju pada org yang aku rindui..pusara mama..

mama..hari ini anakmu genap 19 tahun..masihkah kau ingat, mama..saat2 kau hamil..sudah lama kau mengimpikan lebih ramai zuriat..selain abang dan kakak..betapa payah kau berusaha..berubat..demi mendapatkan seorang lg zuriat..mama..kau memang tak pernah kenal putus asa..

mama..masihkah kau ingat..saat kau dibedah..sakitnya..peritnya..kau menahan sakit..kau bertarung nyawa..demi melahirkan zuriat terakhir..walaupun kau tahu risikonya..walaupun kau tahu dugaan yg mendatang bakal lebih mencabar..

alhamdulillah..kau berjaya mengharunginya..mama..kau memang kuat..

mama..sejak aku berusia sehari..sehingga aku mampu berdiri sekarang..

mama..ingatkah dikau..saat kau tinggalkan aku seawal usia 2 taun..tinggallah aku bersama kakak n kak mi..dan aunties serta nenek ku..kau pegi selama dua bulan lamanya..demi menunaikan tuntutan haji..namun, alangkah sedihnya kau, mama..pabila pulang ke tanah air, aku bagaikan tidak mengenalimu..langsung tidak mahu mendekatimu..apalagi untuk memelukmu..mungkin aku masih kecil..kau pula hanya menahan hati..maafkan aku, mama..aku tidak berniat langsung..maafkan ku..

dari kecil..aku masih ingat..usai subuh..kau baring bersama ku..tak jenuh-jenuh kau mengusikku..kata kamu..tak elok tido lepas subuh..ada aku ambil peduli?? jahatnya aku..namun kau tak penah marah..mungkin tika itu aku masih kecil..jalan lain..kau mengusikku..ajarku kira2..dari kecik..ajarku sifir..terima kasih, mama..aku berjaya menghafal sifir 1-12 sejak aku masih semuda 5 tahun..semuanya berkat usaha mama..

mama..aku masih ingat..seawal 4 tahun, kau sudah menghantarku ke tadika..bersama kak yong..aku masih ingat..pabila pulang dari tadika..aku sibuk menceritakan apa yg berlaku di tadika..kau tak penah merasa bosan..hanya melayan telatah ku..kemudian kau hantarku ke taska..lebih kepada agama..kata mama..mama nak anak mama jadi anak yg solehah..patuh suruhan agama..tapi kenapa aku hanya ambil mudah kata2 mama..?? jahatnya aku..mama..aku minta maaf..akan ku cuba betulkan kesilapanku..

mama..aku masih ingat..tika ku usia 6 tahun..aku rosakkan kerusi kereta mama..tika itu kami di sekolah mama.. kasihan, mama..walaupun aku dimarahi..tapi aku tahu kesalahanku..begitu susah mama terpaksa bawak balik kereta tu sampai ke rumah..di rumah pula mama dimarahi babah..namun, mama tak pernah salahkan aku..maafkan aku, mama..

mama..aku masih ingat..usia aku 12 tahun..aku menduduki peperiksaan UPSR..dalam hatiku..aku ingin berjaya..kerana aku ingin ke asrama..tak tahan dengan bebelan mama di rumah..jahatnya fikiran aku tika itu, bukan?? tapi pabila tiba waktunya..aku berat hati untuk tinggalkan mama n babah di rumah..akhirnya aku hanya tinggal dirumah..dan ikut kemahuan mama untuk belajar di SMKANL..tika itu, aku sedar..hanya aku seorang anak yg masih tinggal di rumah..biarlah..aku ingin bersama mama..

mama..ingatan ku masih segar tentang peristiwa itu..kau tiba2 terjatuh dalam tandas..malam itu, babah berusaha sedaya upaya..kata babah, mama hampir strok..kami adik beradik menemani mama..kemudian paginya mama dibawa ke hospital..tika itu, aku sendirian ditinggalkan di rumah..pagi itu aku sekolah..dalam hati, ingin saja aku mengikut mama ke sana..air mata ku mengalir mengiringi mama..bermula saat dan tika itu, aku takut untuk memikirkan kehilangan mama..akhirnya mama disahkan sakit..mama..kuatnya kau melawan derita..

menginjak ke usia yang makin remaja..aku lebih banyak mendera perasaan mama..masih aku ingat..tanggal 15 april 2005..balik sahaja dari sekolah..dengan senyuman..aku masuk untuk mendengar ucapan hari jadi daripada mama..namun sebaliknya pula yg berlaku..aku ditampar mama..hanya tangisan kami berdua kedengaran..ohh..itulah kesalahan yg paling besar bagiku..hanya aku dan mama yg mengetahuinya..namun, kenangan itu tak pernah luput dari ingatan..terima kasih, mama..menyedarkan aku erti kehidupan yang hakiki..

alhamdulillah..dengan izin tuhan..dengan keberkatan dari mama n babah..aku berjaya memperoleh kejayaan cemerlang dlm PMR..niatku hanya satu..ingin hadiahkan kejayaan ku hanya pada kedua orang tua ku..alhamdulillah, Allah mengabulkan permintaanku..terima kasih, mama..kau tak pernah lupa untuk mendoakan ku..

sekali lagi diriku tak serik..menyakiti hati mama..puas mama memarahiku..puas mama memberi nasihat..bukan untuk kepentingan org lain..tapi untuk kebaikan aku jua..namun..aku anak yg degil..nasihat mama..bebelan mama..hanya masuk telinga kanan dan akhirnya keluar telinga kiri..bagaikan mencurah air ke daun keladi..SPM makin dekat..tapi aku lebih meresahkan hati mama..aku begitu jahat pada mama..akhirnya, aku sendiri terima padah..manyesal kemudian memang tak berguna lagi..aku menyesal tak dapat hadiahkan kejayaan pada mama..aku dapat melihat kesedihan di riak wajah mama..aku mohon maaf, mama..maaf..

dan sekarang..nasihat dan kata2 mama aku sering bermain di mindaku..betulla kata org2 tua..saat kita kehilangan permata yang berharga, baru la kita menghargai nya..

mama..di hari ini..aku ingin berterima kasih padamu..walaupun kata2 itu tak dapat menandingi jasa dan pengorbananmu untuk ku..kau membentukku menjadi seorang manusia..aku bangga dengan penat lelah mu..aku bangga kau ibuku..kerna kau nyawaku..

mama..kau pegi..membawa bersama hatiku..hatiku bagaikan kosong..hanya kau, mama..hanya kau, mama..

mama..disaat kau pergi meninggalkan ku..setelah hampir 7 tahun kau menderita..setelah hampir 7 tahun aku ketakutan untuk kehilanganmu..namun..masanya telah tiba..kau pergi..kau pergi..

aku masih ingat..malam itu..kau menelefonku..kataku ingin pulang..aku hairan pabila kau mengizinkannya walhal aku baru sahaja balik ke penang..rupanya kau sudah tahu..aku akan pulang lebih awal dari jangkaanku..

mama..jika aku tahu..itu waktunya..tidak aku mengejar bas..tidak aku pulang seawal itu..tidak aku meninggalkan mu..

mama..ketahuilah kamu, mama..aku berasa amat terkilan..tak dapat bersamamu disaat-sat terakhir kau menutup mata..aku berasa mata terkilan..tak dapat memelukmu disaat-saat kau ingin mengakhiri penderitaanmu..aku berasa terkilan..tak dapat mendengar kata2 azimatmu yg terakhir sebelum kau pergi..

mama..ketahuilah kamu..kala ini aku sungguh merinduimu..aku sungguh memerlukanmu..aku berasa iri..tatkala mendengar kata2 semangat ibu mereka..kata2 doa ibu mereka..untuk kejayaan anak2 mereka..sedangkan aku..amat merindui kata2 itu dari mulutmu, mama..mama..aku berasa sayu..tatkala aku melihat..merka memeluk cium ibu mereka..mereka bergurau senda bersama ibu mereka..aku hanya melihat..dengan linangan air mata..kerana aku sedar..tak mungkin aku akan memperolehnya lagi..kerana kau pergi meninggalkan ku buat selamanya..

mama..di hari ini..di kesempatan ini..aku masih bersyukur..aku bersyukur dengan pengorbananmu..kata kakak..mama tinggalkan aku kerana mama tahu aku sudah mampu berdiri sendiri..benarkah?? walaupun aku masih kabur untuk mengiyakan kata2 itu, tapi aku tetap akan cuba..

mama..pergimu tiada ganti...kasihmu kekal abadi..selamat hari lahir buat anakmu..terima kasih kerana melahirkanku, mengasuh, mendidik dan membahagianku..

dari anakmu..
snm
150410

No comments:

Post a Comment