mutiara kata

Saturday, April 17, 2010

final sudah dekat

assalamualaikum..

disaat peperiksaan menjelma..emosi ku turut terganggu..bukan aku tidak cuba untuk gembira..bukan aku tidak cuba untuk melupakan kesedihan ini..cuma..aku masih lemah untuk menerimanya..

teringat pula aku pada semester lepas..bila final dekat..hati aku memang tak keruan..takut..mama turut merasainya..sibuk mama hubungi aku..entah berapa kali kami saling berhubung setiap hari..mama faham perasaan ku tika itu..

di akhir perbualan.."mama..jangan lupa doakan adik eh.."
dengan sayu..mama menjawab "doa mama sentiasa untuk anak2 mama..buat yg terbaik"

tak abis dengan panggilan telefon..kami ber'sms' pula..
kata2 mama..'jangan risau..buat apa yg adik belajar' .. 'usaha dan yg penting doa banyak2 kat Allah' .. 'mama sentiasa doakan adik' .. deraian air mataku menemani pesanan2 mama..

aku masih ingat..setiap kali abis satu paper..aku hubungi mama..mama tak pernah bertanya tentang peperiksaan itu..dengar je getaran suaraku, mama sudah memahaminya..kata mama "tak pe la..adik dah buat terbaik..tawakkal tu'alallah.."

begitu lah aku sepanjang peperiksaan semester lepas..

tapi..

kali ini..
aku sendirian..
aku merindui kata2 tenang mama..
aku merindui pesanan azimat mama..

kali ini..
kepada siapa aku mahu mengadu..
kepada siapa aku mahu menangis..

kali ini..
aku kehilangan bahuku..
aku kehilangan semangatku..

kali ini..
aku kehilangan mama..

kali ini..
aku sendirian..

1 comment:

  1. Allah tidak membebanimu perkara yang dikau tidak mampu, dik. Teruskan bertahan!

    ReplyDelete