mutiara kata

Sunday, March 28, 2010

sg. klah homestay

assalamualaikum..

dah lama aku tak jejak tulis kat sini..rindunya pada blog nih..

aku baru je pulang dari program opkhim di sg. klah, perak..bertolak dari kampus jam 4 ptg jumaat dan selamat tiba waktu maghrib..suasana di dewan tu gelap gelita..dewan pula berkunci..ketibaan kami disambut dengan hujan yang sangat lebat..kami berteduh di depan dewan..jadual ditukar last minute..so, inilah padahnya..

setengah jam kemudian, kami dibenarkan masuk ke dalam dewan..besar juga..malam itu..diadakan sedikit jamuan ringkas dan barbeku..akhirnya perut kami terisi jua..lapar kot..huhuhu..kemudian, para2 ibu dan keluarga angkat kami masuk ke dewan..kami dibahagikan mengikut keluarga angkat masing2..

aku n nani mendapat keluarga angkat yang sgt baik..mak cik aini ahmad dan keluarga..lewat mlm, kami dibawa ke rumah beliau..disambut oleh anak bongsunya, nurul..cumil..baru 14 taun..usai menyiapkan diri, kami kemudiannya keluar dari bilik untuk bermesra dgn mereka sekeluarga..sambil tgk tv..rupa2nya ada atuk dan 2 org anak mak cik yg masih berada dirumah..

atuk sangat baik..banyak bercerita tentang pengalaman beliau semasa muda..layanan mak cik dan suami juga sangat baik..bertanya macam2 pada kami..anak mereka, nurul dan nursya juga tak ketinggalan untuk berkenalan mesra..

esok paginya, 8 pg, pakcik menghantar kami ke dewan..gotong royong bersihkan dewan..sronok..bergurau senda dengan kawan2..sambil2 mengemas persekitaran..kul 10 kami dihantar oleh mak cik ke sg. klah hotspring..untuk bersuka ria..seronok..bermandi-manda..dari kolam air sejuk..ke kolam air panas..ke tempat merebus telur..kembali ke kolam air sejuk..dan pastinya mukaku hangus terbakar..

aduhyai..muka semuanya merah2..kira2 kul 4, kami pulang ke rumah keluarga angkat..bersiap untuk majlis penutup..penatnya masih terasa..namun hati tetap berbunga gembira..waktu salam perpisahan, aku n nani dapat hadiah dari mak cik..seronok dan sangat terharu..dengan kata2 nasihat mak cik..aku merasa sebak..

maaf, mak cik..bukan aku tak sudi untuk memanggil mu dengan gelaran 'mak'..cuma aku masih tak bersedia untuk menduakan mama..aku masih merindui mama..masih menyayangi mama..hanya mama ibuku..

dalam bus, mereka bergelak ketawa dan berhibur dengan karaoke..dan aku..dalam kegelapan, air mataku merembes keluar..merindui mama..merindui waktu yang sangat gembira buat masa lebih 24 jam..tanpa tangisan..ma..alangkah tenangnya kamu jika aku dapat membawamu ke sana..alngkah gembiranya kamu..aku tahu..namun..kamu tak dapat merasainya..

mama..hatiku menangis lagi..

No comments:

Post a Comment