mutiara kata

Tuesday, March 9, 2010

rindu

assalamualaikum..

sudah lebih seminggu kiranya aku tidak mencoret apa2 dalam skrip aku..dunia aku..rindu pula nak meluahkan perasaan di hati..

aku kini sudah berada di kampus..setelah seminngu lepas pemergian mama, aku kembali meneruskan cita2 mama..

hari pertama ke kampus, mood aku aku masih kurang elok..masih mengalirkan air mata..masih sebak tatkala dalam kuliah..masih mendiamkan diri menahan tangisan pabila menerima ucapan takziah daripada kawan2..terima kasih atas keprihatinan kalian..

hari2 seterusnya, aku cuba berlagak biasa..walaupun kadang kala aku menangis kerinduan..rasanya dah terlalu lama sepanjang hidupku tidak mendengar suara mama..aku terlalu merindukannya..namun aku perlu menerima kenyataan yang aku bakal tidak akan mendengar suara mama lg sepanjang kehidupanku yg mendatang..rindunya pada mama..

malam kelmarin, penyakit tak-boleh-tidur-sepanjang-malam datang lagi..dalam kegelapan, aku cuba untuk tidur..paksa..esok ada kelas..tapi tak boleh..bukan aku terlalu meratapi pemergian mama..bukan aku terlalu mengenang nasib diri..bukan aku terlalu beremosi..tapi entah kenapa..fikiranku hanya kosong..mungkin..

malam semalam..aku kol babah..suara babah kedengaran biasa..aku hairan dengar suara abang..abang balik?? kata abang, dia balik dgn ayah sin..kak ja n hannah tak balik..makin hairan aku..kemudian kakak kol..kata kakak, semalam babah masuk ward..sakit..mengalir lagi air mataku..risaunya hati ini..

semalaman aku menangis..ya Allah..rase nak je lari balik rumah..rase tanak pegi mana2 dah..aku nak jaga babah..aku tanak babah sedih kesunyian..aku sayangkan babah..cukuplah aku kehilangan mama..dah terlalu berat bebanan rindu nih..

"mama..adik mintak maaf..adik tak kuat, mama..adik perlukan mama..babah perlukan mama..mama..adik rindu.."

No comments:

Post a Comment