mutiara kata

Friday, February 26, 2010

selamat tinggal, mama

sambungan..

kemudian..mereka sembahyang jenazah..teringat kata2 ini..
"sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" air mata mengalir laju..
pelukan tangisan bersama kakak n kak ja..

usai solat, mama dibawa menaiki kereta jenazah..babah n abang ikut bersama..aku, kakak n abg iwan serta saudara mara yg lain hanya mengekori dari belakang..di perkuburan, solat jenazah dilaksanakan sekali lagi..kemudian, aku hanya tiba di sana pabila mama telah diturunkan ke liang lahad..hati aku meruntun pilu..namun aku gagahi jua..mendekati mereka yg sibuk menguruskan mama..abang turut sama membantu..aku n babah hanya melihat sambil bacaan yaasin dialunkan..

saat tanah ditimbus..aku terasa amat lemah..sedikit demi sedikit tanah melenyapkan pandangan aku pada mama..akhirnya..aku meredhakan pemergian mama..dalam hati "selamat tinggal mama"

aku n keluargaku pulang akhirnya..berat hati rasanya ingin meninggalkan mama sendirian..kata nenek "mak ayah mama dah temankan mama..jgn risau" makin laju air mata ini membasahi pipi..alhamdulillah..hasrat mama tercapai..aku masih ingat kata2 mama tika sambutan hari raya beberapa tahun lepas..tika itu, kami sekeluarga menziarahi kubur atuk n nenek sebelah mama..kata mama "nanti kalau mama tader, mama nak duk sebelah tok mok" kata2 itulah kami sekeluarga pegang..alhamdulillah..

dalam kereta, masing2 melayan perasaan..sampai je dirumah,mereka sedang menjamu selera..mesti penat mereka..dari pagi sehingga malam menguruskan keperluan tadi..terima kasih sangat2 pada uncles n aunties aku yang banyak tolong kami..walaupun aku tak makan ape2 sejak pagi, aku masih tak dapat menelan even sebutir nasi..aku hanya diam di bilik..melayani perasaan..

mama dah tader..sunyinyer rumah nih..kesian babah..mesti lagi sunyi dari aku..lepas nih bile anak2 semua dah pergi, tinggal babah sendirian..aku tak sanggup tinggalkan babah..tapi aku tak tau ape penyelesaian terbaik..Ya Allah..bantulah aku..

sambungan..

kehidupanku tanpamu, mama, sungguh berbeza..rasanya aku terlalu ingin mendengar suaramu setiap pagi mengejutkan aku dari tidur..rasanya aku terlalu ingin menatap wajahmu setiap waktu kamu bersama aku..rasanya aku terlalu ingin merasa kelazatan masakan mu..adik terlalu merinduimu, mama..

1 comment:

  1. Assalamualaikum,Ain..
    Salam takziah daripada bumi Sarawak, Malaysia..
    [panggilan ibu bapa kita sama..mama babah]
    Tetapi arwah babah saya telah pergi dahulu..
    Tuhan sedang berbicara menguji tahap kesabaran kita..Kita masih ada ALLAH, pencipta mama babah kita..Dia tahu yang terbaik..Semoga terus kuat melayari hidup ini.

    Ukirlah :) walaupun amat payah.
    Salam'alai

    ReplyDelete