mutiara kata

Saturday, February 13, 2010

aku pulang

assalamualaikum..

penantian hari ini sudah berakhir..aku kini selamat berada di pangkuan keluarga tercinta..

seawal 8 pagi aku, maheran n kak qilah ke jeti..dengan ciklah..thanks to ciklah..berduyun-duyun orang kat jeti..crowded sgt..pening aku dibuatnya..kitorang ke food court berdekatan..order air..then order nasi goreng bungkus..

ke jeti untuk teman kak qilah..bus akak kul 9.30 pagi katanya..kami pulak bus kul 10 pagi..salam n peluk cium kak qilah..and "gud bye, kakak ku cayang.."

bagaikan cacing kepanasan, aku n maheran menanti bus yg akhirnya bertolak setengah jam lambat dari jadual sepatutnya..bengang..tapi alhamdulillah..disebabkan lapar yg belum sampai tahap kebulur, kami memulakan perjalanan dgn makan nasik goreng..ouhh..seat kami paling akhir..takut jugak aku mabuk nanti..

jam 5 ptg, aku selamat sampai..lambat betul bus kali ni..dahla macam2 hal..tak sistematik langsung..baliknya, aku sedih sendirian..kata babah, mama sakit..mulanya hanya demam..tapi masih tak kebah2..tahan tangis dalam hati..sampai di rumah, aku keseorangan..mama masih di dialysis center..babah perlu attend kenduri..abang n kak ja n hannah ke rumah sana..

petang nya cik n ayah cik datang..cik gitau mama dah berubah..perangai mama sedikit aneh..aku makin takut..makin sedih..namun aku cuba kuat di hadapan diorang..risaunya dalam hati nih..

aku teman babah amik mama..betul kata mereka..mama dah berubah..sakit mama dah makin teruk..aku makin risau..dalam kereta, air mataku tak henti2 mengalir..namun aku cuba kelihatan biasa di depan mama..

malam ni, cik ngah n famili datang ziarah mama..ayah cik pun datang..hannah pun balik..mama nampak sedikit terhibur..

mama..cepatlah sihat..adk tak sanggup tengok mama macam ni..adik sayang mama..adik rindu sangat kat mama..adik nak manja2 dgn mama..adik tanak mama sakit..adik nak makan masakan mama..adik rindu sangat belaian mama..adik nak tidur ngan mama..adik nak cakap..adik sayang mama..sayang sangat2..

mama..cepatlah sihat..adik rindu mama yg dulu..adik nak teman mama..adik nak story mory mcm2 kat mama..adik nak dengar bebelan mama..adik nak dengar nasihat mama..adik nak dengar kata2 "mama sentiasa doakan adik"..

mama..cepatlah sihat..adik nak mama tengok adik grad..adik nak bergambar ngan mama tyme grad..adik nak mama duk sebelah adik tyme adik jadi isteri sesorang..adik nak mama jemput kawan2 mama datang kenduri kawin adik..adik nak mama teman adik kat persandingan..adik nak mamajaga adik tyme mengandung..adik nak mama tlg jaga baby sama2 dengan adik..adik nak semua tu, mama..

mama..jangan tinggalkan adik..Ya Allah..berilah kesembuhan pada mama..

No comments:

Post a Comment