mutiara kata

Sunday, January 31, 2010

berakhirnya

assalamualaikum..

berakhirnya bulan januari 2010..berakhirnya kisah sepanjang bulan pertama tahun ini..

aku masih begini..tiada perubahan..entah bila aku akan berubah..insyaAllah akan datang..jika aku istiqamah..mudah-mudahan..

hari ini, aku masih disini..di bilik ini..di katil ini..di meja study ini..tapi hatiku..dan jua mindaku berada di sana..jauh beribu batu..tangisanku hanya untuk mereka di sana..rinduku jua untuk mereka di sana..

hari ini..entah kenapa..tangisan air mata berguguran jatuh..bagaikan musim bah melanda..tiada panas terik mahupun mendung..yang ada hanya hujan yg rintik2 kadang2 lebat membasahi pipi..tidak seperti cuaca di sini..panas membahang memedihkan kulit2 yang kemerahan..

hari ini..ingatanku di kampung halaman..memoriku hanya untuk keluargaku..kenanganku hanya disimbahi oleh gelak tawa mereka mahupun tangisan duka..

hari ini..mama telefonku..mungkin nalurinya mengatakan aku sangat2 merinduinya..mungkin naluri seorang ibu mengetahui kerinduan anaknya disini..terubat jua rinduku pada mama..tapi itu masih tidak memadai..

hari ini..mama mencritakan perihal mya..katanya mya sedih nak tinggalkan atuk n neneknya..ohh..aku lagi sedih nak tinggalkan mama n babah..kata kakak pulak..mya mencari-cari suara babah..nak kokong la tuh..ohh..aku lagi tercari-cari kata2 gurauan senda mahupun nasihat dari mama n babah..

hannah pulak dah makin banyak berceloteh..pandai mengungkapkan kata 'mama' pada mama..pandai menyebut 'ibu' dan 'pa'..yang paling membahagiakn, hannah dah boleh sebut 'cu'..itu la hadiah yang paling bermakna buatku..ohh..ucu merindui kamu..ucu merindui telatah kamu..ucu merindui segalanya tentang kamu..

hari ini..aku bagaikan kesepian..terasing dari duniaku..hinggakan terabai pelajaranku..hinggakan hampir lenyap semangatku..tapi..hatiku perlu di sini..menggapai cita2 buat mama n babah..menjadi contoh buat hannah n mya..menjadi kebanggaan abang n kakak..

Ya Allah..kembalikanlah semangatku..

No comments:

Post a Comment