mutiara kata

Thursday, December 17, 2009

salam maal hijrah

assalamualaikum wbt..

salam maal hijrah aku ucapkan kepada semua..di sini aku ingin kongsikan doa sempena awal muharram..

doa akhir tahun (maksudnya) : seeloknya baca selepas asar

segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, semoga allah cucuri rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya.
ya Allah..apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, dan apa yang telah Engkau tegah daripada melakukan, padahal kami belum bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, tidak melupainya padahal Engkau berlembut tidak mengazab kami malah memberi peluang kepada kami untuk bertaubat selepas kami ceburkan diri dengan maksiat maka kami mohon keampunan kepadaMu , ampunilah kami, segala perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun itu yang Engkau redhai dan yang Engkau telah janjikan pahala maka kami mohon pada Engkau, ya Allah,Tuhan yang Maha Pemurah yang empunya kebesaran dan kemuliaan, terimalah akan dia daripada kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami daripadamu, ya Allah Yang Maha Pemurah, moga dicucuri rahmat juga kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Mmuhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya, segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan sekelian alam.


doa awal tahun (maksudnya) : seeloknya baca selepas maghrib

dengan nama Allah yang Mmaha Pemurah lagi Maha Penyayang. segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam, rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad , kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.
ya Allah wahai Tuhan kami, Engkaulah yang kekal buat selama-lamanya, sedia ada lagi dengan tiada permulaan, kelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu melimpah ruah. dengan ketibaan tahun baru ini, kami memohon kepadaMu agar menatapkan kami bagi menundukkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong ke arah kejahatan), kami juga memohon kepadaMu agar mencetuskan keinginan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan bagi mendekatkan diri kepadaMu, ya Allah Yang Maha Agong lagi Maha Mulia, ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, kaum keluarganya dan para sahabatnya. dengan segala puji-pujian itu untuk Allah semata-mata.

aminnn..

No comments:

Post a Comment