mutiara kata

Saturday, November 7, 2009

sekadar luahan

assalamualaikum wbt..

kekalutan dalam menghadapi final membuatkan perasaanku bercelaru..
antara emosi dan realiti..
antara minda dan hati..
mengapa yang kuat itu tatkala ini amat lemah??
bagaikan dipijak2 oleh emosi..

emosi..pergilah kamu..
jauhi aku..
kerna aku betul2 tidak memerlukanmu..
janjiku..bukan selamanya..
cuma sementara..
kerna aku hanya manusia biasa..

hati..jagalah diri mu..
ubatilah diri mu dgn azimat Allah..
jangan kau sakiti aku dengan luka2mu..
lukamu begitu parah..
hingga aku sendiri tidak dapat membantumu..
hati..kuatkan semangatmu..
membantuku dlm mencari ilmu..

realiti..
kenapa kau selalu ingin menjauhi ku?
padahal kau yang sentiasa dekat dgn ku..
jangan kau pergi tinggalkan aku..
sendirian tanpa arah..
membawa diriku ke alam fantasi..
yang bakal mengahncurkan diriku sendiri..
datanglah kepadaku...
datanglah bersua dgnku...
ajarlah aku menghadapimu..
didiklah aku untuk menerima kehadiranmu..

minda..
kau la master hidupku..
jangan kau rosakkan dirimu..
pimpinlah aku ke jalan yang lurus..
kerna itu tugasmu sebagai hamba Yang Esa..

yang pasti..
segalanya dari Allah, penciptaku..
aku pasrah, ya Allah..
dengan dugaan yang diterima..
mahupun bakal mendatang..
cuma..aku hanyalah hambaMu yang lemah..
masih bertatih untuk mencari hikmah disebalik ketentuanMu..

No comments:

Post a Comment