mutiara kata

Friday, November 20, 2009

rentetan skrip aku..dunia aku

assalamualaikum

alhamdulillah..sudah satu semester aku memulakan kehidupan baru sebagai mahasiswi uitm pulau pinang..mahasiswi diploma farmasi PH110..gambar?? nanti ada luangan masa, aku masukkan ya!!

bermula pada 27 jun 2009, aku mula berhijrah ke penang..mula berdaftar ke uitm..suasana tika itu..sedih berbaur teruja..sedih terpaksa berpisah dgn keluarga..teruja kerna aku bakal menjadi penuntut universiti..sudah besau rupenye ye!! hehe..

aku ditempatkan di bilik 4.06/A iaitu di level 4 wing A..aku ditemani oleh wada, part 1 electrical engineering, dan nadheera, part 1 food service..mereka berasal dari selangor..seronok dgn diorang nih..kelakar..especially si wada yg sememangnya blurr..hahaha..tak sah kalo sehari kitorang tak kepoh gelak besar sesama..si wada ni lah pembekal movies untuk kitorang..banyak giler crite2 thriller yg kitorang sesama tengok malam2..nadheera pulak tukang menjerit nya..aku plak, wat derk je..ngahaha..kemudian, pertengahan semester, kami diundang seorang lg teman sebilik..kak nasya..part 3 kulinari art..org selangor jugak..jodoh aku nih dgn orang selangor je gamaknya..3 selangorian vs 1 kelantanese..

seminggu lama aku dan kawan2 menghadapi minggu mesra siswa a.k.a orientation week..seronok?? lebih kepada penat mungkin..huhu..penat yang diselangi dengar basahan air mata..homesick la weii..huk..huk..huk..

kemudian, bermula sesi lecture yg tak sabar2 kitorang nak rase..hahaha..aku ditempatkan kumpulan FD1D2..sama dgn maheran, kawan skolahku..gembira sangat bila dah berteman..tambah seronok bila mula kenal kawan2 baru..seronok sangat bila aku dan mereka..mula mesra..alhamdulillah..syukur..

lecture demi lecture..penatnya mula terasa..tambah pula dgn bermacam-macam test dan kuiz..tutorial..dan kokurikulum..ohh..kami diwajibkan memilih badan pertolongan cemas (BPC) sebagai main ko aktiviti kami..seronok?? lu pikir la sendiri..hahaha...

uitm kemudiannya digemparkan dengan kes H1N1..aku tak tau sangat cerita sebenar disebalik kes nih..disebabkan bilik aku berhadapan dengan unit kesihatan (UK), aku lihat ramai berkerumun disana..termasuklah kak qilah..sebab kebetulan dia demam waktu tu..aku pula baru je sembuh demam..hahaha..nak tau, sila rujuk disini..

kemudian, disebabkan terlalu ramai yang kena wabak demam selesema, kami diberi pelepasan untuk cuti selama seminggu..then, di extend pulak mejadi 10 hari..cuti itu memang tidak dijangka..kami terpaksa meredah hujan..untuk mencari tiket pulang..seronok sieyh dapat pulang..ada kisah disebalik ini..

walaupun kes masih belum selesai..ada pulak kes ILI (influenza like illness)..till now..huk3..itu semua musibah dari Allah..tak pe lah..

kemudian, kitorang dapat lagi cuti seminggu..cuti mid term..plus cuti raya..cuti raya itu tak dapat aku lupakan..boleh baca di sini dan sini..

then, sambung lecture cam biasa..masalah?? erm..banyak masalah..biasalah..hidup berkawan..ada pasang surutnya..bukan kawen je tau yang ada pasang surut..hehee..biasalah..aku ni sememangnya serik bab2 bergaduh..sahinggakan perkara kecik pun aku boleh menangis..hurm..rasanya banyak entry aku mengenai sahabat di sini..masalah kesihatan pun apa kurangnya..haih..menyusahkan orang betul la aku nih..tapi at least, aku tau sape kawan yg betul2 boleh harap..banyak moral hidup yg aku dapat sepanjang hidup bersama kawan2 di sini..

pembelajaran kami satu semester akhirnya diuji..peperiksaan akhir semester berlangsung dari 28 okt hingga 15 nov..kisahnya disini..susah senang semuanya terpaksa aku telan satu persatu..tak pe la..tak mau aku ungkitkan perasaan ku tika itu..biarlah aku sahaja yang mengetahuinya..aku bertawakkal saja pada Maha Berkuasa..

dan 16 november..aku pulang dengan kepenatan..penat mengemas barang..aku juga pulang dengan kegembiraan..gembira bertemu keluarga tercinta..dan anak2 buahku..

dan blog ini juga sama usianya dengan hari pertama aku menjejakkan kakiku di uitmpp..27 jun..blog ketiga ku ini mula diisi dengan rentetan kehidupanku..blog pertama dan kedua di padamkan dari pengunjung, tapi tidak pernah terpadam dari memoriku..biarlah ku simpan ia sebagai kenangan..kenangan silam yg tidak akan kulupakan biarpun sesaat..

skrip aku..dunia aku..kisah bermula sejak hari pertama aku sebagai seorang pelajar..dan bakal menjadi saksi aku sebagai penuntut sehingga akhir hayatku..

skrip aku..dunia aku..bakal menjadi peneman ku..meluahkan rasa..ibarat manisnya madu..pahitnya hempedu..

skrip aku..dunia aku..menyingkap gelora jiwa ku..merungkai suka duka hidupku..


didraftkan pada 16 november 2009..
dipostkan pada 20 november 2009..(oleh seorang teman..permintaan pemilik blog)

No comments:

Post a Comment