mutiara kata

Friday, November 27, 2009

eidul adha mubarak

asslamualaikum..

sbelum pegi dgn lebih lanjut..tertanya-tanya jugak..betul ke title aku tuh?? kalo tak btol, buat2 betol je la..hik3..

first..first..first..saya mahu mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua pengunjung "skrip aku..dunia aku"..

apa maksud di sebalik raya kali ini..hari raya aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban..sebagai hamba Allah, kita dituntut melakukan sesuatu pengorbanan demi mencari keredhaan ilahi..ececeh..macam nak buat esei 'ctu' pulak..hehehe..

pengorbanan..bukan setakat korban lembu..kambing maupun unta je..tapi pengorbanan peribadi kita..pengorbanan..jihad..ke arah kecemerlangan duniawi dan ukhrawi..

erm..raya kali ini bagiku bertambah meriah..dengan kehadiran si cilik 3 orang tu..

usai solat sunat hari raya..mama dan babah bergegas ke tempat korban..hari ni hari jumaat..semua perlu disiapkan dengan cepat supaya tidak terganggu masa untuk solat jumaat..abang dan kak ja sama2 untuk menunaikan ibadah tersebut..aku?? aku dan kakak serta mya hanya setia menanti di rumah..meyediakan persiapan di rumah..

di rumah, aunty ku dan anak nya datang membantu..thanks to cik n kak yong serta adila (anak angkat ye, cik?? heh3) yang sama2 membantu kami di rumah..kak ja dan mama paling awal pulang dari tempat korban..bawa balik sedikit daging korban untuk dimasak buat makan tengahari..

apalagi..dara2 sunti dan mak2 nya sibuk lah di dapur..potong daging..mayang bawang..goreng daging..kurma daging..nyum3..semuanya pantas dan cepat kerana mengejar masa untuk solat jumaat..nasib baik mama sudah siapkan menu utama hari ini lebih awal..nasik hujan panas..upss..hujan tak turun pulak hari ni..so, nasik panas sudeyhh..hik3..

kaum2 adam pulang akhirnya dengan bahagian2 daging yang masih belum diproses..ouhh..pening aku bau lembu yang teramatlah mengharumkan!!! perghh..mau pengsan rasanya..mereka dihidangkan makanan tengahari..makan pun cepat2 je..kejar masa dowh..huhuhu..

usai solat jumaat, rumah ku kembali meriah dengan kehadiran semua keluarga sebelah babah..seronok rasanya bila berjumpa dengan sepupu2 ku..almaklumlah, masing2 belajar jauh..dah lama tak jumpa..rindu pulak kemesraan kami tika waktu dahulu..tambah pula dengan keriangan hannah bergurau senda dengan kanak2 ribena yang lain..yang sudah besau, sila matangkan diri anda, okeh?? ngahaha...

gembira..dan teramat penat..menolong mama menyiapkan juadah untuk tetamu yang hadir..penat pun boleh hilang dengan keletah si cilik..penat pun boleh hilang kerana terlalu asyik bersembang dengan mereka..inilah suasana yang amat2 aku rindukan..bukannya selalu..malah diharapkan sentiasa berkekalan dan moga makin bertambah keriangan di masa akan datang..

di hari raya ini..aku mengorbankan perasaan ku yang masih belum terubat..biar pahit ku telan supaya yang manis itu dapat dihadiahkan buat mereka yang tersayang..

No comments:

Post a Comment