mutiara kata

Sunday, September 27, 2009

menitip khabar berita

assalamualaikum wbt..

rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan SALAM EID FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua teman2 seperjuangan..

sudah lama aku tak menitip bicara di sini..setelah seminggu aku berada dirumah..kini aku menunggu masa untuk bertolak meninggalkan negeri ibundaku..

kurang dari 6 jam lagi aku bakal meninggalkan rumahku..kali ini hatiku menangis duka..kerna lebaran kali ini betul2 mengundang perasaan yang aneh dalam diriku..

sebak..sedih..terharu..semuanya bercampur baur..jika kalian berpusu-pusu ke baitullah untuk solat raya, aku berteleku sambil dibasahi air mata dirumah..jika kalian sedang sibuk menghidangkan juadah2 yang lazat di pagi raya, aku keseorangan di bilik menahan derita..jika kalian sedang bergembira melayani kanak2 maupun saudara yg bertandang dirumah, aku sebak dan terharu dengan kedatangan mereka yg sudi melawatku disana..

ouhh..raya kali ini membuatku menilai tahap ketabahanku..payah..sungguh payah..tapi aku pasrah..beribu- ucapan terima kasih buat kawanku dan keluargaku yang sentiasa menemani ku..yang sentiasa cuba mengeembirakanku..terima kasih..sayang kamu semua..

aku bersyukur kerana aku dapat melambai Ramadhan yang penuh barakah..aku bersyukur aku dapat merasai nikmat lebaran walaupun terselit beribu-ribu kedukaan..aku berharap ramadhan dan syawal yang mendatang lebih bermakna buatku..







SALAM LEBARAN

No comments:

Post a Comment