mutiara kata

Sunday, July 19, 2009

virus H1N1

assalamualaikum..

ni post yang kedua aku untuk hari ni..post yang bernada takut dan risau..

hari ini uitm p.pinang gempar dgn virus H1N1..atau lebih dikenali selsema babi..erkk..

petang ni tetiba ada announcement..
"kepada semua siswa dan siswi, anda tidak dibenarkan keluar dari kampus uitm sehingga diberitahu kelak"

mulanya memang diorang tak gitau nape..tapi memang aku dah agak dah..cuma takut nak luahkan apa yang aku rasa..

then, disebabkan bilik aku berhadapan dengan unit kesihatan..aku nampak seorang student yang dibawa dgn wheelchair dan mereka pakai mask..erk..kompem H1N1..

ada announcement lagi..
"kepada siswa maupun siswi yang menghadapi demam2, sila ke unit kesihatan dgn segera"

ohh..malamnya unit kesihatan memang penuh dgn student..aku pun tak terkecuali..demam sket je pun kena pi unit kesihatan..ramai jugak yang kena kuarantin..bilik bacaan wing b jadi tempat kuarantin mereka..

risau..cuak..kalo sebelum nih, kami hanya mendengar berita buruk ni di uitm alor gajah melaka yang ditutup dek H1N1, skarang kami pula yg mengalaminya..takut..ambulans pun dah banyak kat cni..prepare for da worst kot..keadaan kat sini memang kelam kabut..aku dah story kat mama..nampaknya mereka pun risau..apa2 hal, kat cini aku coretkan..

doakan kesihatan aku jua..aku pun demam jugak nih..walaupun tak truk..

Ya Allah..lindungilah kami..

No comments:

Post a Comment