mutiara kata

Monday, July 27, 2009

tentang kamu, si hijau

assalamualaikum..

dah lama aku tak mencoretkan pape kat sini..mungkin kerna kekangan masa dan hal2 yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa membiarkan rumahku ini sepi tanpa kata2..tapi sungguh, aku nak ceritakan segalanya sepanjang minggu ni kat sini..mungkin kemudian..insyaAllah..

entry kali ini aku ingin titipkan untuk seseorang..
tidak aku harapkan untuk dia membacanya maupun membalasnya..
hanya sebagai renungan kenangan aku dengannya..

suatu ketika aku mengenalinya..
menyinggah dari satu blog ke blog nya..
dari situ aku mula mengenalinya namanya..
catitan peribadinya maupun apa pun yang di coretkan..
aku menjadi pembaca setianya..

tulus hatiku..
sudah lebih 3 kali agaknya..
aku berjaya khatam segala coretannya..
sudah lebih 3 kali agaknya..
mengalir air mataku pabila membacanya..
malah sudah berkali-kali pastinya..
aku menumpang kekuatan dan semangatnya..

aku mula mengikuti segala kisahnya..
sakit yang dirasa olehnya..
pilu hatiku yang hanya bisa mendoakannya..
amarah yang diluahkan..
sakit jua hatiku menahan marah..
gembira yang dikongsikan..
berbunga riang hatiku mengucapkan alhamdulillah..

dari blognya jua..
aku mula meminati penulisan..
aku mula meminati dunia blog..
aku mula mendapat idea untuk berblog..

pertama kali aku berjumpa..
pertama kali itu juga aku sungguh teruja..
iya lah..
orang yang aku kagumi..
orang yang melahirkan rasa silaturrahim antara aku dgnnya..

pertama kali aku berjumpa..
kelakarnya..
bukan..manisnya..
dia suka dgn bayi..
tangannya memegang lembut tangan kecil anak buahku..
aku tau..dia sukakan bayi..
kerna kami share citarasa yang sama..
kumpul barang bayi..
hahaha..

kemudian..
tika aku kesedihan..
kecewa dgn keputusan spmku..
menangis aku menelefonnya..
menangis aku meluahkan perasaanku..
akhirnya..
terima kasih menaikkan kembali semangatku..
terima kasih kamu..

kali kedua aku berjumpa dgnnya..
sungguh tabah si dia..
walaupun dgn kesakitan yang di alami..
tak sikit pun mengeluh..
aku tau..
betapa seksa dia menaiki tangga..
betapa sakit pabila kakinya tidak mendengar cakap..
betapa susah tanpa pemegang untuk turun tangga..
sehinggakan aku terpaksa menahan sebak..
sehinggakan aku terpaksa menahan air mata..
serius..aku risaukannya..
serius..doaku sentiasa ada untuknya..
kerna aku tau dia kuat..
kerna aku tau dia tabah..
kerna aku tau, Allah bakal menghadiahkan cahaya buatnya..

jika kau baca tentang ini..
aku mohon maaf..
aku cuba menahan tangis sepanjang hari bersamamu..
aku cuba bergelak tawa hadapanmu..

sekali lagi aku pohon kemaafan..
kerna malam ini, aku betul2 menangis kerna mu..
kerna malam ini, aku sedih menantikan balasan mesejmu..
kerna malam ini, aku amat2 mengaharapkan sesuatu darimu..
kerna malam ini, aku ingin kau menarik balik keputusanmu..
kerna malam ini, aku menyedari sayangku untuk mu kerana Allah..
kerna malam ini, aku dapat mengenal erti sebuah persahabatan..

terima kasih untuk kamu..
dari blogmu, aku mendapat kekuatan..
aku peroleh kesyukuran..
aku kenali pahit manis kehidupan..
aku pasrah dgn ketentuan..

terima kasih untuk kamu..
dari hatimu, aku mendapat kasih sayang..
aku peroleh seorang teman..
aku kenali erti ketulusan..
aku punya sumber harapan..

No comments:

Post a Comment