mutiara kata

Sunday, July 12, 2009

kembara kehidupan

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt..

kembara kehidupanku sebagai anak rantauan..erk..bukankah title itu hanya untuk mereka yang bekerja mahupun belajar di negara orang?? sedangkan aku? di negara sendiri..tapi kira boleh pakai jugak kot pasal aku belajar dinegeri orang..ngeh3..

setelah semalam bercuti tidak kurang dari 24 jam di kelantan, akhirnya aku kembali ke penang..my second home..n my new one..huhuhu..tulus hatiku..sepanjang perjalanan ke stesen bus semalam, aku lebih banyak mendiamkan diri..rasa macam2 tak kena..aku menangis dalam hati..

aku rasa berat hati mau pulang..aku rasa berat hati meninggalkan aunty aku yang masih belum sedarkan diri..aku berat hati mau tinggalkan ibu bapaku bersendirian di rumah..

kalau dulu, mama n babah selalu meninggalkan aku dirumah..tapi tak pula aku terasa kehilangan sebegini..kali ini aku pula yg meninggalkan mereka..babah..aku tau mood babah semalam berubah..mungkin sedikit sedih kerna masaku dirumah teramat singkat..aku menangis kerna sikap babah semalam..aku sedih..aku tanak tinggalkan babah dgn begitu..tapi aku terpaksa..

mama..raut wajahnya cuba untuk ceria di hadapan aku..satu ketika, aku sedang mengemas barang..aku lihat mama yang termenung dan kekadang mengesat matanya..dari jauh, aku menangis di hati..mama..aku pergi menuntut ilmu..untuk kejayaan hadiah buatmu..doakan aku..

sebelum bertolak ke penang, aku ke rumah nenek..bersalaman dengan nenek..sekeping not 50 diberikan padaku..aku cuba menolak, tapi aku tak sanggup menghampakan nenek..aku tatap wajah comel afee..ohh..dia sudah besar..makin berat aku menatangnya..tapi masih tak berubah..tidur je dipangkuan aku..makin aku memeluk, makin rindu ku pada afee..ohh..hannah..ucu amat rindukanmu..

kemudian aku ke hospital..menempatkan aunty yang paling aku sayang..dia sakit..setelah hampir 7 jam cik di dalam dewan pembedahan, akhirnya dia keluar dgn beribu kedukaan..namun masih terselit berjuta kesyukuran..alhamdulillah..cik selamat walaupun masih dibawah kawalan doktor..saat ini aku ke ward cik..sungguh pilu rasa di hati..melihatkan keadaannya yang sangat tak bermaya..

amat memilukan lagi pabila kami melihat dalam sebuah bekas yang berisi fallopian tube, ovaries, cervix and uterus yang terpaksa dibuang dari badan cik kerana merebaknya cancer itu..kesian..amat hiba..

aku tak mampu untuk menitiskan air mata mengenangkan anak sulungnya yang memerlukan kekeuatan dariku..aku sepupu yang paling rapat dgnnya..bermacam-macam adegan membuatkan aku tak tertahan sebak..

"abah balik lah..biar along teman mama malam nih..abah dah la tak sehat..nanti naik plak bp abah" kata si sulung..aku dapat melihat wajah si bapa yang bergenang air matanya..mungkin terharu dgn kata2 si anak..aku jua yang menitiskan air mata..walaupun hanya mendengar kata2 itu dgn mataku menatap kesakitan yg ditanggung oleh cik..cik, cepatlah sedar..mereka memerlukanmu..

"biar ciklah n along yang jaga malam nih..tok mek balik la dulu..rehat..ciklah cuti pun sebab nak jaga kak ti" kata ciklah pada mak nya yang kelihatan terlalu uzur untuk menjaga cik di hospital..menangis lagi aku melihat pelukan dan tangisan ciklah dgn maknya..begitu mereka mengharapkan kesembuhan cik..cik..sedarlah..mereka amat menyayangimu..

kul 9.30 malam aku meninggalkan mereka dengan perasaan yang pilu..aku peluk along..kata2 semangat sedikit aku suntik untuk along supaya kuat sebagai anak sulung dalam keluarga mereka..ada hikmah disebaliknya...

bersambung...

No comments:

Post a Comment