mutiara kata

Monday, June 15, 2009

kawan

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..hari ini masih dipanjangkan usia..walaupun pagi2 tadi aku rasa teramatlah tak sehat..entah nape, air mata aku murah sangat hari ini..mungkin terlalu letih dgn nasib diri..haih..tak baik aku mengeluh..ini ujian Allah..senyum..redha..

okay..hari ni mendatar je kegiatan aku kat rumah..banyak masa aku dihabiskan dengan honey-june nih..erm..aku blogwalking..facebooking..n searching cerpen2 n iluvislam..ohh..sedang berchatting dgn bintu..

zalai_87 (15/6/2009 1:56:27 PM): just for u ------>
zalai_87 (15/6/2009 1:56:30 PM): http://anissmyloveina.blogspot.com/2009/06/ku-kenalnya-kerana-sayang.html

ohh..aku menangis lagi baca entry tuh..sedih..terharu..aku sayang bintu..kerna dia kawan aku..aku sayang semua kawan aku..

bila aku kenal sesorang tu..bila hatiku sudah sayang..bila diriku katakan kawan..dia yang kusayang..betull..kadangkala aku rasakan aku terlalu menyayangi kawan2 sehinggakan aku banyak terluka kerna kawan..

mungkin aku terlalu sensitif? entahla..tapi inilah aku..cuba menjadi kawan yg terbaik untuk semua..walaupun aku terluka..asalkan mereka bahagia..

andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia sentiasa tersemat dihati dan kekal sebagai memori terindah..
andai seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang di tiup angin kemaafan..


berkisah seorang bf..
apekah maksud bf? boyfriend? kawan lelaki ataupun teman istimewa? inilah kelemahan bahasa inggeris..tak dapat ditafsirkan mana satu maksudnya..

ada seorang kawanku..bertanyakan tentang bf..
"boleh saya jadi bf awak?"
dan aku menjawab..
"boleh..ape salahnya..kawan biar beribu"

okaeh..sila jangan salah paham..bf yg aku maksudkan kawan lelaki..kenapa? tak boleh ke berkawan dengan lelaki? aku rase boleh selagi tak berlaku perbuatan2 atau kata2 yang membawa kepada kemaksiatan atau kemurkaan Allah kan?

Allah jadikan di dunia ini manusia yg terdiri daripada lelaki dan perempuan..so, kita tak boleh nak elak dari mereka yg berlainan jantina..pada aku..kawan biar beribu..berkasih biarlah satu..

kawan..bermacam-macam kawan..kawan lebih kepada perkongsian suke dan gembira..teman lebih kepada peneman bicara..tapi sahabat..peneman bicara..perkongsian suka dan duka..penasihat yang terkesan dijiwa..

true friend scold like a dad..cares like a mom..teases like a sister..irritates like a brother..
and finally loves us more than a lover

ohh..aku sangat bertuah..dikurniakan kawan2..semua orang tak sempurna..tapi cukuplah menjadi kawan sesempurna yang termampu..

terima kasih tak terhingga buat kawan2 aku..tak kire di alam maya mahupun realiti..terima kasih kerana hadir dihatiku sebagai seorang kawan..

kawan ibarat pasir2 dipantai..berjuta-juta butirannya..namun pabila angin bayu datang menerbangkan pasir2 mengalirkan manik2 jernih yang memedihkan mata..

kawan ibarat bintang2 yang mengerlip di waktu malam dgn keindahannya menenangkan jiwa..namun pabila siang menjelma, kerlipan itu makin pudar dan terusnya menghilang di sebalik sinaran mentari..

kawan ibarat air terjun yang sangat menyejukkan..namun lajunya air terjun menyembah bumi bisa melemaskan mereka yang sedang menikmatinya..

No comments:

Post a Comment